top of page
  • Writer's pictureFasyali Fadzly

Lari

*Pertama kali diterbitkan di dalam blog Vitaminisme pada 30 Mac 2012


Pertumbuhan kumpulan-kumpulan kecil teater sejak kebelakangan ini sangatlah memberangsangkan. Tidak dinafikan bahawa kemunculan kumpulan-kumpulan ini adalah disebabkan daripada kewujudan pelbagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan kesenian pentas. Selain itu juga, pihak media turut memainkan peranan dalam mewujudkan suasana positif industri tanah air. Banyak liputan-liputan turut dibuat selain liputan di pentas gah Istana Budaya. Kesedaran terhadap pentingnya gerakan teater sederhana dan kecil ini akhirnya dapat memberikan banyak ruang kepada mereka yang tidak mempunyai modal besar.


Baru-baru ini, saya menyaksikan sebuah lagi pementasan yang dijayakan oleh sebuah rumah produksi baharu iaitu Luar Kotak Production. Luar Kotak diterajui oleh Walid Ali. Mereka mementaskan sebuah karya baharu bertajuk Lari karya dan arahan Walid Ali juga.


Lari adalah pengarahan dan penulisan pertama Walid. Banyak ruang-ruang yang boleh diperbaiki untuk kerja penulisan dan pengarahannya yang seterusnya. Penulisan Lari agak longgar sebenarnya. Terlalu banyak sub-isu yang cuba dimainkan tetapi tidak menyumbang kepada pergerakan plot dan juga form teater tersebut. Walid masih merewang ke topik-topik yang alienate meskipun form teater tersebut tidak berkehendakkan begitu. Perkara ini adalah perkara biasa yang dihadapi oleh penulis baharu saya kira. Saya juga turut mengalami masalah yang sama.


Dari segi pengarahan pula, saya dapati Lari masih lagi longgar. Lari tidak tampil dengan idea-idea baharu. Tiada magik-magik pentas yang mengujakan. Sebenarnya bila bercakap mengenai magik pentas ini, ia sesuatu yang sukar diceritakan dan dijelaskan. Ia bukanlah aspek kekaguman pentas, tetapi adegan itu sendiri. Kita alami sendiri semasa menonton dan membuatkan kita akan ingat momen tersebut. Kita tak dapat jelaskan bagaimana ia berlaku tetapi ia tetap terpahat dalam ingatan. Momen-momen ini yang kering dalam Lari. Semuanya masih bertitik tolak kepada idea-idea lama yang diguna pakai kembali.


Saya agak kurang berkenan dengan gaya lakonan dalam Lari. Stor Teater DBP adalah ruang yang sangat kecil. Ruang ini juga sangat membuatkan penonton rasa sangat intim dengan persembahan. Walaubagaimanapun, gaya lakonan yang ditonjolkan sangatlah melebihi skala pementasan Stor Teater. Terlalu banyak exaggeration dari segi aksi, emosi dan suara sehingga membuatkan sesuatu adegan itu terlalu bingit. Pelakon perlu kenal ruang yang digunakan supaya dapat menyesuaikan stail lakonan yang dipilih itu. selain itu, pelakon-pelakon ini masih terikat dengan gaya lakonan bentuk sketsa.


Secara keseluruhannya, pementasan ini kurang tight. Banyak kelonggaran dari banyak segi dan perlu banyak pembaikan untuk pementasan pada masa akan datang. Walid perlu mencari ideantiti tersendiri. jangan terikut dengan orang lain dan buat apa yang dirasakan jujur. Walaubagaimanapun, saya ucapkan tahniah kepada seluruh ahli produksi yang berani mencabar diri mementaskan teater ini. Jangan berhenti buat dan terus hasilkan.

0 views0 comments

Related Posts

See All

Semerah Padi

*Pertama kali diterbitkan di dalam blog Vitaminisme pada 31 Disember 2011 Sejak 24 Disember 2011 yang lalu, telah berlangsung sebuah pementasan teater Semerah Padi arahan Rosdeen Suboh. Dipentaskan di

Aku Manusia Berdosa

*Pertama kali diterbitkan di dalam blog Vitaminisme pada 3 Februari 2012 Pada 20 hingga 23 Januari 2012 yang lalu telah berlangsung dua buah pementasan teater dalam Teater Kompilasi V dari Rumah Anak

Dusta Pada Skala 1 Hingga 10

*Pertama kali diterbitkan di dalam blog Vitaminisme pada 5 Mac 2012 Setelah lama tidak menyaksikan teater, hari Sabtu yang lepas saya telah hadir menonton sebuah teater bertajuk Dusta Pada Skala 1 Hin

bottom of page