Bagi peminat teater tempatan, aku rasa ada satu teater yang kalian perlu tengok. Teater ini adalah antara yang terbaik setakat ini yang aku tonton. Aku pernah menontonnya ketika pertama kali dipentaskan di Annexe Central Market. Teater ini bakal dipentaskan kembali pada 1-5 Februari 2012 di Pentas 2, KLPAC. Aku pernah menulis review teater ini di SINI.
Oleh yang demikian, aku terpanggil (chewah) untuk buat satu entri untuk promot teater ini. Tajuknya adalah PARAH. Ditulis oleh Alfian Sa’at dan diarahkan Jo Kukathas. Teater ini diterbitkan oleh The Instant Cafe Theatre Company.
Sinopsis
Melur, Hafiz, Mahesh dan Kahoe merupakan 5 orang pelajar Tingkatan 5 di Kuala Lumpur. Sebagai rakan karib, mereka sentiasa berada di rumah Melur, melepak, saling usik-mengusik dan kadang-kadang belajar.
Apabila empat sekawan ini bersama-sama, mereka benar-benar kelihatan seperti kanak-kanak poster 1Malaysia.
Satu hari semasa sesi kajian pelajaran mereka, Melur mendapati bahawa sehelai mukasurat dari novel sastera yang dimiliki oleh ibunya, seorang guru sekolah, telah koyak. Menyangka bahawa ianya satu gurauan nakal oleh salah seorang daripada rakan-rakannya, dia menyoal mereka tentang hal itu, tetapi mereka semua menafikannya. Walaupun begitu, Melur merasakan bahawa salah seorang daripada mereka pasti puncanya.
Apabila Melur menyiasat lebih lanjut, rakan-rakannya mula tertanya-tanya tentang kandungan mukasurat yang terkoyak daripada buku yang bertajuk ʻInterlokʼ itu. Soalan-soalan mula timbul. Soalan-soalan tentang sejarah kolektif mereka dan identiti peribadi. Soalan-soalan yang tidak mampu dijawab oleh Mahesh, Hafiz, Melur dan Kahoe.
Adakah satu perkataan itu benar-benar mempunyai kuasa untuk membentuk realiti dan menukar jalan persahabatan mereka?
Memetik ilham daripada filem terakhir Yasmin Ahmad, Talentime, serta novel Interlok karya Abdullah Hussain, 'Parah' adalah sesuatu penerokaan bagaimana isu jati diri dipertandingkan dalam sebuah negara majmuk yang muda. Lucu, mencabar dan menyentuh hati, 'Parah' bertanya
soalan-soalan mendesak tentang kasih sayang, tempat tinggal dan kekitaan.
Antara pelakon yang membintangi teater ini adalah Iedil Putra, Farah Rani, Gregory Sze dan Branavan Aruljothi. Aku tahu, tak ada satu nama popular pun dalam teater ini. Tapi aku bersumpah, teater ini tidak memerlukan bintang untuk memberikan impak emosi dan minda. Mereka punya energy pentas yang tersendiri.
Info penulis, Alfian Sa’at.
Pemenang beberapa anugerah kesusasteraan, Alfian Saʼat ialah pengarang drama tetap dengan syarikat teater yang sering diiktiraf, W!LD RICE di Singapura. Di antara karya-karya yang diterbitkannya termasuk dua koleksi puisi ʻOne Fierce Hourʼ dan ʻA History of Amnesiaʼ, koleksi cerpen ʻKoridorʼ, serta dua koleksi drama. Alfian telah dicalonkan enam kali untuk Skrip Terbaik anjuran Anugerah Teater Life! di Singapura. Dia memenangi anugerah tersebut pada tahun 2005 bagi naskah ʻLandmarksʼ dan kemudian pada tahun 2010 bagi naskah ʻNadirahʼ arahan Jo Kukathas. Naskah-naskah drama beliau telah diterjemahkan kepada bahasa Jerman dan Sweden dan telah dibaca dan dipentaskan di Singapura, Kuala Lumpur, London, Zurich, Hamburg, Berlin dan Stockholm.
Info pengarah, Jo Kukathas
Artistic Director of The Instant Cafe Theatre Company and of CHAI, Jo Kukathas is an award winning actor, writer and director. Directing highlights include: Midsummer Night’s Dream, Merchant of Venice, Twelfth Night, Hero, Air Con, M! The Opera, and the famous ICT reviews: The Bolehwood Awards, Mass Hysteria, Kurang Manis, 1Sex1Money1Scandal. Her international directorial work includes Pulau Antara (Tokyo, KL), Hotel Grand Asia (Tokyo), Break-ing/Silence Please (KL, Tokyo, Singapore), co-director of Nadirah (Singapore), and PARiAH (Singapore). In 2004 Jo established FIRSTWoRKS, a writing program to develop and direct new Malaysian plays with a different generation of young writers. This program created the award winning plays Flies and Foreigners by Ridzwan Othman, Air Con by Shanon Shah and Hero by Arun Subramaniam – which went on to win New Zealand’s top New Writing prize. Her diverse work in theatre has taken her around the world and she has performed and conducted workshops in Japan, Germany, Korea, India, Singapore, Taiwan, China, Philippines, Indonesia, Australia and the USA.
Tarikh pementasan bermula pada 1 hingga 5 Februari 2012. Tiket berharga RM38 pada 1 Februari dan RM48 pada 2-5 Februari (termasuk RM3 caj tambahan). Pada hari Sabtu dan Ahad ada dua show (3pm dan 8.30pm). Sila klik poster di atas untuk info yang lebih besar dan jelas.
Ini adalah beberapa petikan daripada pengkritik:
Alfian ingenuously weaves among moments of budding romance, teenage crushes on teachers and boys being boys some really complex, confrontational situations where the four friends’ (three boys and a girl) innocent, racially-blind relationships with each other are challenged by an awakening
to their respective positions within Malaysian society.
Mayo Martin - 24 June 2011
http://blogs.todayonline.com
Singapore
... I believe we should have more of this kind of play especially at a time when, as a people, we have grown too quick to sweep things under the carpet or to rush too readily to whatever cause we feel entitled or enjoined to support.
U-En Ng - 30 July 2011
New Straits Times Malaysia
I was astounded by how one simple word could change the course of things happening around us.
Eunice Au - 18 July 2011
New Straits Times, Malaysia
Alfian has observed and grappled with our demons, and distilled down to words the essence of our national consciousness, along with its attendant complexities, fractures, ironies and hypocrisies. That the play manages to do this on both personal and broader, metaphorical levels is quite astounding.
Joshua Chong - 8 July 2011
wearemalaysianmade.com
At first it was a bit surprising to me that it took a Singaporean to write such an honest Malaysian play.
But perhaps it’s because of some level of outsider detachment, a freedom from any communal agenda and calm objectivity that allowed Parah to be written so deftly, with an emotional “tightness” which is never felt heavy-handed.
Joshua Chong - 8 July 2011
wearemalaysianmade.com
a POWERFUL play of words.
Eunice Au - 18 July 2011
New Straits Times, Malaysia
Their raw performance had a tinge of naivete apt in the portrayal of high school students.
Eunice Au - 18 July 2011
New Straits Times, Malaysia
The pathos in Parah comes not from the tragedy of its story, but from the tragedy of its inherent truth; we see not a photoshopped poster of what we wish we were, but the reality of what we are, and that reality is truly heartbreaking.
Joshua Chong - 8 July 2011
wearemalaysianmade.com
dan terakhir sekali daripada aku (dalam press release, dia quote aku atas sekali. hehe)
... ianya dipentaskan pada waktu yang sesuai dan juga tepat. Ianya begitu jujur bercerita tentang rakyat Malaysia yang hidup di dalamnya.
Fasyali Fadzly - 4 July 2011
fasyalifadzly.com


3 comments:
kaki menggelupur mahu pergi tengok teater ni - @syafiq_rehan
oret. teater ni wajib tonton!
wajib tengok
Post a Comment