Hakcipta terpelihara. Dilarang terbit semula tanpa kebenaran penulis.

29.11.11

Beberapa Khabar


Sudah lama rasanya tak menulis di sini. Sepatutnya sebelum entri yang ini aku kena menulis satu review teater yang aku tonton. Dah dua minggu tertangguh. Sampai aku dah lupa apa yang aku tengok.

Alhamdulillah, kini aku mengajar di fakulti tempat lama aku belajar dahulu. mengajar sementara sebelum sambung belajar peringkat sarjana. Kutip pengalaman dahulu. Terus terang aku memang bercita-cita menjadi tenaga pengajar. Aku rasa seronok kongsi sesuatu dengan orang-orang yang mahu berkongsi.

Dan untuk pengunjung setia blog ini, blog ini telah pun dinaiktaraf domainnya. Terima kasih kepada Hilal Azmi yang menghadiahkan domain ini kepada aku. dia yang buat semua benda menukar daripada vitaminisme.blogspot.com kepada fasyalifadzly.com. aku memang mahu menggunakan nama aku sendiri. Kata orang rebranding. Mahu brand-kan nama sendiri. Lagipun, aku pernah berbual dengan Pak Agi sewaktu aku tunjuk puisi bodoh aku kepada dia. Dia tanya vitaminisme tu apa. Aku cakap nama samara/pena. Dia tanya kenapa tak pakai nama sendiri. Dia kata nama sendiri lebih sedap. Mulai saat itu, aku rasa lebih baik guna nama sendiri sahaja. Nama aku pun agak sedap juga. Tapi inspirasi vitamin itu tetap ada. Walau pahit dan kelat namun cukup berkhasiat. Chewah! Kiranya vitamin untuk teater la. Gitew. Pengisian weblog ini tetap sama Cuma mungkin akan berganjak sedikit demi sedikit kea rah yang lebih positif dan terarah.

Ok, aku nak promot sikit sebuah teater yag aku berlakon. Teater 1 Plastik Hitam. Ditulis dan diarahkan oleh Syahrul Fithri Musa. Teater ini juga adalah terbitan produksi yang sama menerbitkan Teater Juta-Juta iaitu MASK Team yang ditunjangi oleh Mohd Amer Syafiq Khalip (aka Shawn Amer. Bekas rakan sebilik zaman mengaji diploma dulu). Teater ini akan dipentaskan pada 7 – 11 Disember 2011 jam 8.30pm di Stor Teater DBP. Pas masuk berharga RM20. Boleh telefon Hilal di talian 019 – 357 2093 untuk maklumat lanjut. Sebenarnya sudah beberapa tahun aku sudah tidak menjejak kaki di pentas sebagai pelakon. Rindu juga. Dan juga nervous. Jangan lupa tonton 1 Plastik Hitam. Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

p/s: Mengenai review tu, aku akan sambung semula selepas ada semangat menulis. Rasaya rugi kalau tak menulis review teater tu. Kena didokumentasikan. 

1 comment:

lAl said...

sama2.. moga semangat blogging ni berkekalan hendaknya.. :D