Hakcipta terpelihara. Dilarang terbit semula tanpa kebenaran penulis.

30.6.11

Promo: Kotak Hitam

Sejak akhir-akhir ini aku sibuk dengan teater Kotak Hitam. Kotak Hitam ditulis oleh aku lama dahulu. Cuma sekarang baru ada kesempatan untuk dipentaskan. Ianya terhasil daripada versi pendek yang aku tulis untuk pertandingan Kakiscript yang pertama dahulu. Skrip ini tiada tuah untuk memenangi pertandingan tersebut. Berkemungkinan bukan rezeki aku di situ.

Kemudian setelah lama skrip ini dipendam di dalam komputer, majikan suruh aku mementaskan apa-apa sahaja teater. Kotak Hitam menjadi cadangan dan diterima oleh pihak penerbit. Aku mula memanjangkan skrip ini. Beberapa adegan ditambah tetapi mengekalkan temanya. Untuk versi pendek, mungkin ada beberapa orang yang telah membacanya. Tetapi untuk versi panjang, aku rasa aku tidak beri pada sesiapa untuk membacanya. Kalau ada tu, kira beruntunglah. Eceh.

Setelah selesai Dialog Teater Kontemporari yang lalu, aku mula fokus kepada kerja pengarahan ini. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Jadi kepada sesiapa yang mahu menonton teater ini boleh lihat butiran seperti di bawah. Ada poster dan ada promo video lagi. Huhu. Ini teater aku yang pertama setelah bergelar graduan.





No comments: