Majlis konvokesyen yang lalu tak seperti masa aku hadir konvokesyen diploma dulu – tiga tahun lepas. Kali ini macam suram. Tak tahu kenapa. Lepas keluar dewan, aku terus nampak mak bapak aku tercongok menunggu aku untuk dipeluk. Aku dah tak hirau mana kawan-kawan aku pergi. Sampai sahaja, aku peluk dan cium ayah. Dia kental, tak menangis. Lepas tu, aku peluk dan cium mak aku. Sambil peluk dia cakap, “Ini hadiah hari ibu, hadiah hari lahir ayah juga”. Masa majlis konvokesyen kelmarin, ayah berusia 52 tahun 4 hari. Dan aku masih tak punya hadiah lagi untuk dia.
Lepas itu, aku memikirkan bahawa mereka berdua tidak makan nasi sejak pagi tadi. Waktu itu sudah jam 5.30 petang. Jadi, aku cepat-cepat cari kawan yang mana sempat ajak bergambar. Jumpa beberapa orang sahaja. Oleh sebab aku tak mahu mak bapak aku terus berlapar, aku ajak mereka pergi makan. Tempat kesukaan aku.
Lepas makan, pergi kedai gambar untuk sesi fotografi. Masa nak ambil gambar fotografer tu tanya, tak ada bunga ke. Dia melihat aku berdiri kaku tanpa props tambahan dipegang. Aku cakap tahun ni tak ada orang bagi bunga. Mak aku tersengih-sengih. Kami mengambil gambar bersama-sama.
Kemudian selesai semua, tengah malam kami ke Seremban - rumah Mak Andak. Jumpa Atuk yang kini sudah makin kurang sihat akibat diabetis. Aku juga sudah lama tak jenguk Atuk. Aku sempat bergurau, "Atuk makin putih". Mak Andak jawab, "iyalah, Atuk tak keluar rumah memanglah putih". Aku nampak Atuk pun dah tak makan sirih lagi.
Masa berbual lewat malam tu, mak aku sempat cakap dah dua kali konvo tak ber-awek pun.
Aduh!
8 comments:
ko wat aku sedey jer syali. tapi aku stuju dgn ckp mak ko :P pape pun tahniah sbb dh konvo :)
congratulations abg syali =) moga terus berkarya
all the best.. teruskan berkarya
alah... bunga tu tak penting pun. skrol tu yg paling mahal, tak ternilai harganya. ;)
"...dah dua kali konvo tak ber-awek pun." hehe...
fasyali, tahniah kerana sudah konvo! semoga dapat isteri yang solehah :)
Dah de kerja nanti banyaklah awek...nanti takut tak larat layan plak .ahak
nurdiyanah,
terima kasih.. ko jgn bersetuju sangat. hahaha
ryan,
terima kasih ;)
mapieceofart,
betul2.. bunga tak penting pun. huhu
k,
terima kasih dan amin...
saat omar,
dah lima bulan kerja ni masih macam biasa je.. hehe.. nak kena tunggu berapa lama lagi ni? hehe..
Tahniah! Bersedia dan bersedialah wahai saudaraku!
Post a Comment