Pada pendapat aku, menonton teater skala kecil adalah sesuatu yang memberi kepuasan daripada menonton teater skala besar. Hal ini sama juga dengan soal penglibatan dalam produksi. Teater skala kecil pada aku lebih memuaskan hati daripada teater skala besar. Mungkin ada yang bersetuju dan ada yang tidak – itu terpulang pada diri masing-masing. Kepuasan itu tidak dapat dijelaskan melainkan kau turut merasai pengalaman tersebut. Pada aku juga, lebih seronok jika hadir menonton seorang diri.
Aku sempat hadir ke pementasan Merocok-rocok oleh Paradoks Production di Stor Teater DBP oleh Aloy Paradoks. Aku hadir pada pementasan pertama. Aku takut tidak dapat hadir pada pementasan yang lain, jadi aku beranikan diri untuk hadir ke pementasan pertama. Sebenarnya, aku tidak suka hadir menonton persembahan hari pertama tetapi aku mahu sedapkan hati bahawa aku perlu hadir pada hari tersebut dan akhirnya aku berjaya. Takut-takut aku sibuk tidak tentu fasal pada hari lain, baik aku datang menonton pada hari yang aku tidak sibuk.
Merocok-rocok ditulis dan diarahkan oleh Aloy Paradoks. Ini adalah tulisan kedua beliau yang dipentaskan di Stor Teater DBP. Sebelum ini dia pernah menulis dan mengarah teater miskin Hegemoni. Aloy Paradoks adalah antara seorang penggiat teater muda yang kini aktif dalam pementasan teater dan juga aktiviti seni bebas di sekitar Kuala Lumpur. Aku kira, selain Rumah Anak Teater (RAT), Paradoks adalah sebuah kumpulan teater aktif yang didukungi oleh anak muda – pelajar dan juga lepasan institusi pengajian tinggi.
Sinopsis boleh baca di sini.
Merocok-rocok dipentaskan dengan memberi sedikit sentuhan eksperimen. Gabungan gerakan teater tradisional Randai menjadi kekuatan kepada persembahan ini. Terus terang dan rasa rendah dirinya, aku tidak pernah menonton persembahan Randai tetapi sedikit sebanyak mengetahui bagaimana persembahan Randai tu dijalankan. Jadinya, aku tidak begitu fasih untuk membandingkan teater eksperimentasi ini dengan teater tradisional Randai yang sememangnya sudah mempunyai format-format persembahan tertentu.
Skrip ini ditulis tidak mengikut kronologi. Plotnya sengaja ditunggang-terbalikkan untuk memberi sedikit kelainan gaya penceritaan. Secara peribadi, aku suka teknik penceritaan yang berbentuk sebegini. Walaubagaimanapun, Merocok-rocok bermula pada plot yang kurang tepat dan sesuai. Sebagai contoh kita analogikan plot cerita mengikut susunan abjad ABC. Merocok-rocok bermula pada plot J dan bergerak ke M dan E dan T dan Z dan I dan akhirnya A. Bagi aku, ianya lebih menarik jika ianya bermula di M. Berbalik kepada teks ini, pada aku ia seharusnya lebih mengujakan jika ianya bermula ketika adegan soal siasat antara dua orang Polis dan Aril. Kecelaruan polis ini untuk mencari pembunuh sebenar dalam kes ini yang sepatutnya dapat menggerakkan cerita dari awal sehingga akhir kerana krisis ini yang memegang cerita tersebut. Akan tetapi adegan penting ini diletakkan di pertengahan cerita. Akibatnya, penonton agak sukar untuk memberikan tumpuan pada awal cerita dan seterusnya hilang fokus terhadap isu adegan pertama tadi kerana kepentingan krisis hanya bermula pada pertengahan cerita. Jika tumpuan penonton sukar diberikan sejak dari awal lagi, lantas persembahan boleh jadi sesuatu yang membosankan kerana pokok persoalan cerita tidak jelas sejak dari awal lagi.
Teks ini juga adalah mengenai hubungan terlarang (skandal) yang aku kira boleh dilihat di kaca televisyen ataupun filem di Malaysia. Percintaan mengarut antara dua insan bercinta dan juga salah faham serta curiga dalam hubungan. Cuma, seperti yang aku katakan tadi, ianya diselamatkan kerana corak persembahan mengambil inspirasi dari gerak randai (yang pada aku agak unik untuk persembahan di Stor Teater).
Pernah juga pengarah mengatakan kepada aku bahawa teks ini mengandungi banyak unsur 18SX. Tetapi setelah menonton aku kira tidak banyak pun melainkan aksi-aksi berpelukan yang terlalu banyak sehingga aku rasa agak rimas. Tiadakah aksi lain yang dapat memberikan makna kemesraan antara sepasang suami isteri atau skandal? Aksi-aksi berpelukan dalam keadaan ghairah terlalu banyak disajikan sehinggakan tiada apa yang menarik untuk ditonton. Terdapat satu adegan di mana aku lebih suka menonton bayang yang terpancar di dinding Stor Teater (akibat daripada pencahayaan) daripada melihat aksi kerana bayang yang jatuh di dinding itu lebih menarik dan erotik untuk ditonton dan bayangnya lebih berahi dari aksi. Pemilihan aksi yang bijak mungkin dapat menggantikan pengulangan aksi yang sama.
Dari segi lakonan, aku tidak nampak seorang pun yang outstanding untuk diberi pujian. Berkemungkinan besar kerana pelakon memikul beban yang berat untuk berdialog menggunakan bahasa-bahasa yang berbunga-bunga belaka. Seringkali terlihat bahawa pelakon seperti tidak dapat menyampaikan maksud teks dan subteks dengan baik kerana terikat dengan skrip yang ditulis sedemikian rupa. Akhirnya, aku seolah-olah menonton sebuah pementasan terjemahan bahasa Melayu walaupun ianya sememang ditulis di dalam bahasa Melayu. Aku tidak pasti mengapa Aloy memilih gaya bahasa yang sebegini dalam karya-karyanya.
Secara keseluruhan, aku tidak nampak karya ini menampakkan kelainan dari sudut pengarahan. Inspirasi gerak Randai yang dimasukkan sekadar hanya menonjolkan kelainan dari segi konsep persembahan sahaja walaupun ianya satu niat yang baik. Walaubagaimanapun, niat tidak sesekali menghalalkan cara.

4 Komen:
terima kasih...
or lagi satu, ini tulisan ke-3 yang dipentaskan di Stor. Sebelum Hegemoni ada teater naif Nautika.
Komen yang keras tapi lembut. He he he..
Apa-apa pun aku percaya less is more. Walau aku tak menonton, aku dapat bayangkan kerimasan hang.
aloy, terima kasih kerana betulkan fakta.
pegawai, alhamdulillah aku tak rimas masa menonton. tapi tidak juga teruja
Post a Comment