Ada perkara menarik yang berlaku pada musim Piala Dunia tahun ini. selain musim kali ini aku dilanda kesunyian melampau, akibat tinggal di rumah seorang diri aku juga tiada aktiviti lain selain menghabiskan sisa-sisa cuti semester. Rakan serumah semua ada kerja di luar daerah selama sebulan. Maka aku tinggal di rumah seorang diri. Ada terfikir untuk tinggal bersama kawan yang lain tetapi aku fikir, tak apalah. Biar aku jaga rumah.
Oleh sebab itu, musim bola sepak kali ini aku selalu menyaksikan perlawanan seorang diri. Samada di rumah atau di kedai mamak di hadapan rumah. Berjalan kaki kira-kira lima minit sahaja. aku suka menonton di rumah kerana selesa dan menjimatkan duit. Akan tetapi tidak semua perlawanan aku boleh tonton di rumah. Hanya yang disiarkan oleh stesen TV percuma sahaja dapat aku tonton. Oleh itu, mereka hanya menayangkan perlawanan terpilih. Oleh itu tiada pilihan lain, kebanyakan perlawanan aku tonton di kedai mamak. Yang tak seronoknya adalah penontonan aku sering diganggu nyamuk yang suka menghisap darah aku.
Aku pelik sebab ada sekali tu, ada beberapa orang perempuan (aku rasa mereka baru balik dari kelabu malami) berpakaian agak seksi sehingga ke pangkal peha. Tidak pula aku dengar mereka merungut digigit nyamuk walhal meja aku dan mereka bersebelahan. Aku yang setiap hari terpaksa menanggung gatal akibat digigit manja nyamuk-nyamuk yang menunggu kehadiran lelaki kurus macam aku. Tetapi gigitan nyamuk tak pernah menghalang aku untuk bangun dari tempat duduk dan pulang tanpa keputusan penuh perlawanan.
Jika menonton di kedai mamak di hadapan rumah, aku sering kali ternampak seorang minah yang akan turut setia menonton sehingga tamat setiap perlawanan. Dia duduk seorang diri. Pertama kali aku nampak dia adalah ketika perlawanan Italy menentang Paraguay. Aku fikir, ramai perempuan sokong Italy sebab pemainnya kacak-kacak. dan dia termasuk dalam golongan itu. Tidak hairan dia sanggup berjaga malam untuk menyaksikan perlawanan Italy.
Keesokan harinya, dia ada lagi. Dan esoknya dia ada lagi, dan ada lagi, dan lagi, lagi, lagi. Sangkaan aku meleset sebab dia menonton bola sebab dia minat dan merasai demam Piala Dunia dan bukan sebab Italy yang punya pemain yang kacak-kacak. Ini baru true. Tak pernah pula aku lihat seorang perempuan/gadis yang sanggup menonton bola di awal pagi seorang diri. Boleh dikatakan dia akan ada pada setiap hari. Jika perlawanan jam 2.30am melibatkan kumpulan underdog sahaja dia tidak kelihatan.
Aku pernah sekali melihat dia dengan pakaian kerja duduk di kedai mamak yang biasa kami tonton bola sepak. Ketika itu perlawanan jam 7.30pm. Dan aku faham mengapa adakalanya dia tidak ada menonton ketika perlawanan jam 2.30am. Kerana besoknya dia akan bekerja. Jadi aku faham mengapa dia terpaksa memilih perlawanan yang hendak ditonton.
Pernah sekali perlawanan jam 2.30am. Aku sengaja biar dia bayar dahulu supaya aku dapat tahu dia tinggal di mana. Bukan aku nak stalk tapi nak tahu, sejauh mana dia tinggal dan sanggup datang menonton bola di kedai mamak. Maka, aku biar dia bayar dahulu air minumannya. Setelah bayar aku pun bayar. Aku ikut belakang dia kira-kira 50 meter jarak. Dia tinggal di kawasan yang sama cuma blok yang berlainan. Aku terfikir dalam hati. Agak-agak dia nak menonton bola satu meja dengan aku tak suatu hari nanti sebelum Piala Dunia 2010 ni tamat.
Maka setiap hari persoalan itu timbul dalam kepala otak aku. Aku bukan nak mengurat tetapi sekadar nak tahu, apa yang menyebabkan dia begitu cekal untuk menyaksikan perlawanan bola setiap hari. Pernah sekali dia menyapu-nyapu mukanya sambil mata terkebil-kebil mengantuk menunggu perlawanan tamat. Dia sanggup menunggu sehingga perlawanan tamat, beb. Dia telah menolak sama sekali pandangan skeptikal aku mengenai bola dan lelaki. Kenapa dia tak tonton bersama teman lelakinya atau jika tiadapun, kawan-kawannya yang turut sama meminati bola.
Aku akan biarkan perkara ini berlaku sebab aku mahu biarkan perbualan antara kami bermula dengan magik tanpa sesiapa pun rancang.
p/s: ini bukan entri jiwang. Ini entri ingin tahu.