Tujuh Ramadhan.
Sejak akhir-akhir ini, aku sering dapat panggilan dari rakan-rakan di kampus. Kebanyakannya adalah junior yang mahu minta pendapat aku mengenai teater. Aku tidak kenal mereka siapa sehinggalah ada yang minta menjadi rakan di Facebook, jumpa di kandang atau apa sahaja.
Aku ada satu sifat ini. Suka berkongsi apa yang aku ada. Tapi biarlah kena dengan caranya. Aku dapat panggilan tadi. Jam 8 malam. Lepas berbuka aku sepatutnya masuk ke kelas semula. Dalam perjalanan masuk ke kelas aku terima satu panggilan mahu bertanya aku sesuatu mengenai teater. Aku cakap, telefon semula dalam jam 9 lebih. (kelas habis jam 9 malam).
Jam 9 kelas habis terus ke kandang. Dah ada dua orang junior yang mahu minta penjelasan dari aku tentang perkara yang dia tak tahu dan tak pasti mengenai teater. Yang dua orang ini sudah dibuat janji dari semalam lagi. Kami berdiskusi. Dan habis.
Jam 10 lebih, junior yang telefon masa aku nak masuk kelas tadi telefon semula. Aku dah duduk di meja sendiri ketika ini. Dia telefon tanya aku sinopsis cerita XYZ (sekadar rekaan). Dalam hati aku berdetak, “takkan sinopsis kau tanya aku? Kau tak baca skrip ke?”. Lepas tu dia cakap, dia baca tapi tak faham. Jadi, aku tanya dia, apa yang dia faham mengenai cerita tu. Sebab lepas sekali baca, mustahil kau tak faham apa-apa. Paling koman pun, kau tau watak-watak yang terlibat. Apa masalah watak tersebut. Ini tidak, dia seolah-olah tak faham apa pun. Aku detak dalam hati, kau bukan baca al-gebra sampai tak faham langsung. Lepas tu dia teragak-agak untuk beritahu aku. Aku detak dalam hati lagi. Hurm, sah-sah kau tak baca skrip dan tiba-tiba kau tanya aku sinopsis cerita untuk siapkan tugasan yang pensyarah bagi pada kau. Aku bengang sebab terasa digunakan untuk kesenangan pihak lain. Lantas aku letak telefon masa dia tengah bercakap. Bukan sebab malas nak layan sebab aku rasa dia tak bersedia apa-apa untuk dibincangkan. Dia seolah-olah mahu aku menyuap semuanya pada dia. Maaf ya. Aku bukan cikgu sekolah untuk beri semuanya bulat-bulat. Dan aku rasa perbuatan dia tak ada etika. Maaf sekali lagi. Kalau kau terbaca entri ini, harap kau memahami.
Lepas aku letak telefon. Aku padamkan telefon. Lima minit kemudian, aku buka semula dan hantar mesej dan beritahu bateri aku kong. Aku akan mesej semula untuk dia telefon semula. Aku terpaksa menipu untuk biar dia fikirkan macam mana dia perlu mencari sinopsis cerita XYZ itu. Mustahil kalau dia tak faham langsung cerita XYZ itu. Cerita itu bukan naskhah Nordin Hassan, Hatta Azad Khan (era 70&80an), Dinsman dan seangkatan dengannya. Ianya naskhah teater komedi. Very straight forward bak kata orang putih. Takkan kau tak faham langsung. Urgh!!! Aku tertekan sebab terasa dipergunakan sebagai jalan pintas menyiapkan tugasan mereka. Maaf, aku tak mahu diperguna berkali-kali.
Segala yang aku tulis di dalam ini mengenai teater dan sebagainya tiada sebarang tujuan pun untuk mendidik. Aku sekadar mahu berkongsi dan mahu menulis sahaja. sebab yang paling utama aku menulis adalah aku tidak mahu terlupa perkara-perkara yang baca dan saksikan. Jadi aku tulis supaya satu hari nanti bila aku terlupa aku ada rujukan untuk aku lihat semula apa yang aku dah tulis, baca dan saksikan. Kalau kau mahu berdiskusi, aku sentiasa terbuka untuk itu. Tapi aku bukan untuk dijadikan bahan menyiapkan tugasan.
8 Komen:
Bulan puasa tak baik marah bang.
He he he.
Nasib baik aku tak ada degree dalam teater, jadi tak ada siapa yang teringin nak tanya.
Biasalah, orang yang hanya pandai-pandai dan suka-suka buat teater yang syok sendiri.
aku tak marah, cuma bengang sebab dia tak faham tapi tak nak usaha untuk faham. aku tanya cerita dia pasal apa. pun dia tak tahu. takkan itu pun dia tak tahu. aduih!!! at least klu dia boleh btau sikit, dia cerita macam ni, macam ni, macam ni. tapi part yang ni saya keliru sikit. takpelah juga. ini semua dia tak tahu. huh....
sama macam orang tanya kau sinopsis atap genting atap rumbia. kalau sekali baca pun mesti kau dah faham cerita itu pasal apa. walaupun kau tak boleh nak ceritakan semua sinopsis tu, at least tahu plot skek2. leh la aku tolong. ini kosong... nak aku bg semua. sorry la beb...
aku tak pandai. tapi aku suka kongsi.
ini bukan marah, ini bengang.
ckp straight forward kt die..
bru die faham.
dasyat gila punya pemalas budak ni... adui, susah dak junior zaman skrg ni, manja lebih... konon minta tunjuk ajar, tapi sendiri tak usaha langsung, paling teruk bila dah mula kenal, berani mintak contoh assignment pastu plagiat...
*tumpang bengang sama...
nak senang je diorang tu. style nak kena suap.
*nasib awak ada alter ego yg strong. :)
=)
ye, bru td aku alami perkara sama
kata pasal ini, tapi bila aku tny dia mana dia amik, dia tak tahu n kata mcm dia lg tahu dr aku
alih2 dia yg tak tahu
bengang jerk
>.<
hahhaha
Ya, aku pun akan bengang.
Dan aku cukup pantang orang yang tak mahu berusaha.
purple puppet,
pernah pulak saya ni berterus terang. saya ni kan suka menyimpan...
mapieceofart,
tau takpe.
fazleena,
yupp. alter-ego yeah!!
jane,
tau takpe...
Post a Comment