Sudah Sembilan Ramadhan. Namun, aku belum mendapat rutin yang sesedap badan untuk dibiasakan dengan ramadhan kali ini. yang ada cuma pergi ke kelas dan buat rehearsal.
Ya, rehearsal. Aku sedang sibuk dengan persiapan teater untuk penilaian akhir sebagai seorang pelajar jurusan teater. Batch aku adalah batch pertama dengan silibus baru. Aku juga adalah antara batch pertama di universiti tempat aku belajar yang mengambil jurusan ini. kami diberikan pilihan untuk membuat tesis ataupun projek akademik. Lama juga aku berfikir-fikir untuk membuat keputusan samada membuat tesis ataupun membuat projek.
Ada yang mencadangkan untuk membuat tesis. Kata mereka tidak ramai penggiat teater sekarang yang boleh menulis. Sekurang-kurangnya dengan membuat tesis bolehlah nanti aku belajar untuk menulis menganai teater dengan lebih bersifat akademik sifatnya. Ada juga yang mencadangkan untuk membuat projek. Katanya mereka, cuba bandingkan tesis dengan projek. Kalau kau buat tesis berapa ramai yang baca tesis kau dan kalau kau buat projek, berapa ramai pula yang baca persembahan kau. Akhirnya dengan keputusan muktamad, aku mengambil saranan kedua; membuat projek. Ianya satu persembahan yang akan dinilai dari segi proses membuat sehingga ke final presentation.
Untuk membuat projek ini, sudah banyak buku-buku yang aku baca, esei-esei yang aku baca di internet, persembahan yang aku tengok melalui youtube, filem-filem yang memberikan inspirasi, orang-orang yang aku jumpa, teater-teater yang aku hadir dan tonton serta peristiwa-peristiwa yang aku saksikan. Semuanya banyak memberikan input-input yang berguna untuk aku gunakan dalam persembahan ini nanti. Walaubagaimanapun, aku mempunyai satu masalah ini. Aku terlalu banyak sangat input dan sekarang aku sudah tidak pasti mahu menggunakan yang mana satu untuk projek ini. Banyak sangat stail yang aku cedok untuk mendapatkan stail aku sendiri. Sehingga ke hari ini, aku masih belum mendapat sentuhan yang betul-betul aku puas hati sehingga boleh dibanggakan (sekurang-kurangnya untuk diri aku).
Proses rehearsal pada aku adalah proses yang paling seronok di dalam sesebuah produksi. Aku sering datang ke dalam rehearsal dengan idea-idea untuk diselitkan tetapi apabila menjalani rehearsal, ianya tidak menjadi seperti yang telah aku rancang. Antaranya yang membuat idea-idea ini tidak dapat dibuat adalah kerana kekangan masa dan instrumen (pelakon). Mereka selalu sahaja memberikan aku kejutan-kejutan positif dan juga negatif untuk aku mengeluarkan idea-idea yang tidak dirancang. Bak kata orang dulu-dulu, kita hanya mampu merancang, Tuhan sahaja yang menentukan. Pada aku kejutan-kejutan inilah yang menyebabkan proses rehearsal menjadi semakin seronok.
Seperti dalam hidup ini, selalu sahaja kejutan-kejutan berlaku dalam hidup aku. Dan pastinya aku akan bertindak sebagai pengarah dalam menentukan hidup aku yang penuh dengan kejutan-kejutan. Aku sudah lali dengan kejutan-kejutan minor dan major lantas memberikan aku banyak cara untuk menangani hidup.
Berbalik dengan rehearsal. Ada juga yang tidak suka dengan kejutan-kejutan di dalam rehearsal. Itu terpulang pada pengarahan. Ada yang suka merancang untuk membuat A dan mahukan ianya jadi A. Pada aku kerja mengarah adalah kerja kolektif. Idea kau bergabung dengan idea pelakon, pereka (designer) dan idea penulis. Kau tidak akan mampu mengenepikan idea-idea ini secara total (melainkan Antonin Artaud yang mencadangkan bahawa pengarah mempunyai kuasa kuku besi dan tidak demokratik di dalam persembahannya). Kerana aku percaya setiap orang yang bekerja di dalam sesuatu produksi perlu berkarya. Jadi ada sesetengah idea yang aku tidak sekat bagi menjadikan sesuatu persembahan itu lebih berkembang sifatnya. Aku juga sedar bahawa fungsi pengarah adalah untuk meng’arah’kan sesuatu idea tersebut menjadi satu arah/jalan yang telah ditetapkan oleh pengarah itu sendiri.
(Tadi aku bercakap mengenai Artaud. Artaud mencadangkan idea yang utama adalah datang dari pengarah. Jika idea pengarah tidak sama dengan idea penulis, pengarah boleh mengenepikan idea penulis dengan mengeluarkan satu idea baharu. Dia juga menolak kebijaksanaan/kepakaran pelakon di mana dia percaya pelakon hanya sebagai alat bertukang sahaja. Dia biasanya memilih well-trained actor untuk berlakon dengannya supaya pelakon-pelakon tersebut dapat memberikan apa yang dikehendaki. Berbanding mengambil pelakon amatur, dia perlu berkompromi dengan keupayaan pelakon dan ini mengakibatkan idea pengarah perlu berkahwin dengan idea pelakon. Artaud membuat begini kerana katanya sesebuah teater itu perlu relevan dengan dasar kepenontonan sekarang. Karya Oedipus akan gagal sebagai karya teater sekiranya ianya tidak dapat memberikan impak dalam persembahan tersebut. Jadi untuk membuatkan ianya relevan pada mana-mana latar masa dan budaya, ianya perlu diberikan suntikan secara total mengikut kehendak pengarah.)
Aku bukan Artaud yang gila (ya, Artaud memang gila kerana kebergantungan terhadap ubat-ubatan dan dadah). Aku masih rasional dengan idea-idea orang lain kerana pertama, aku bukan sangat hebat seperti Artaud sampai berani mengenepikan idea oranglain. Kedua, bukan Artaud seorang sahaja tokoh teater yang wujud – banyak lagi tokoh-tokoh yang perlu aku kompromi. Ketiga – apa yang Artaud cakap adalah pada tahun 1930an (esei Theatre and It's Double ditulis pada tahun 1938). Sekarang sudah 2010. Jadi untuk untuk membenarkan idea Artaud sahaja seperti membenarkan aku dan idea aku masih berada di 1930an juga.
Jadi, para manusia di dunia, cuma satu pesanku – suprise me! Ianya menyeronokkan aku. Aku suka. Aku suka dengan tindakan kau.

4 Komen:
Nak mencari identiti karya dan pengarahan kita memang bukan senang. Akan mengambil masa.
Semakin banyak kita berkarya atau mengarah, semakin banyaklah peluang untuk menjelmakan identiti kau yang tersendiri.
Dan identiti ini setelah dikenal pasti, akan kekal selagi hayat. Yang membezakan cuma pada sentuhan-sentuhan yang berbeza mengikut keadaan dan masa.
Kalau kau nak surprise, buatlah style baru, yang tidak dipelopori mana-mana tokoh teater. Asalkan kau ada justifikasi yang cukup kuat untuk dibentangkan kepada pensyarah.
tapi aku rasa untuk meletakkan identiti aku di dalam karya ini tidak mungkin akan berlaku. sebabnya, ini pertama kali aku buat eksperimental. jadi tiada perbandingan lalu untuk orang lain letak dan mengatakan aku sudah punya identiti. hehehe... tak mungkin akan berlaku...
"Kalau kau nak surprise, buatlah style baru, yang tidak dipelopori mana-mana tokoh teater."
hehehe. ini era post-modern... kita tak mampu untuk buat style baru dan ketepikan idea tokoh2 lama. semua yang kita buat adalah mengambil inspirasi semalam... tak percaya? cuba buat satu yang kau rasa lain dan tak sama langsung dengan orang lain. percayalah, kita tak akan mampu untuk invent kecuali renovasi/inovasi
urmm...
good luck
Ya, aku setuju dengan apa yang hang kata. Memang bila kita dalam era pasca moden ni, apa saja yang kita buat akan dikaitkan dengan idea lama.
Anyway, good luck, kalau time tu aku berkesempatan untuk turun tengok, aku akan angkut satu team produksi untuk pi tengok.
Post a Comment