Sebelas Ramadhan. Sejak dari semalam lagi kawan aku, Raihan (seorang buddy), dah rancang untuk berbuka puasa di Bangi. Di UKM. Tempat aku belajar dulu sebelum masuk ke universiti tempat aku belajar sekarang. Kepada sesiapa yang clueless, boleh baca banyak entri aku sebelum-sebelum ini yang mengatakan aku pernah belajar di sana.
Aku sangka, Raihan mahu ajak berbuka puasa di mana-mana kedai di Bangi tetapi tidak. Berbuka puasa di kolej kediaman aku dulu semasa belajar di UKM. Sebelum pergi ke kolej tempat berbuka puasa, aku sempat mengajak Raihan untuk pergi ke fakulti tempat aku belajar dahulu. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Sudah enam tahun aku tinggalkan fakulti ini. Terakhir yang aku ingat, aku pergi ke pejabat Ketua Jabatan Sains Komputer. Ketua Jabatan cakap aku gagal dan diberhentikan sebab CGPA aku teruk. Dia memberikan aku pelbagai option untuk aku atasi masalah aku. Setelah itu, aku tidak pernah masuk ke bangunan fakulti tersebut.
Sewaktu aku meninggalkan bangunan tersebut, catnya masih lagi ceria. Tapi kini, bila aku datang, catnya sudah berlumut dan sedikit buruk. Ada bangunan baru yang ditambah. Aku masih ingat bilik makmal, bilik kuliah, bilik tutorial, dewan kuliah, cafe, tempat aku selalu parking motor, tempat aku selalu hisap rokok, laluan jalan kaki yang aku lalui setiap hari dan keadaan di situ setiap hari perkuliahan.
Terus terang aku katakan bahawa aku sangat teringin mahu menjadi seorang pengaturcara komputer. Buat programming pada aku sangat seronok. Dan aku menyesal sangat-sangat sebab tak dapat jadi seorang programmer. Kini, aku menghadap komputer cuma untuk buat tugasan, main facebook, layari internet, blogging, toying with Photoshop, Illustrator dan pelbagai aplikasi lain. Serius, jika aku punya anak nanti, aku mahu salah seorang daripadanya akan menjadi programmer (kalau bolehlah). Ataupun orang yang terdekat dengan aku seorang programmer. Mungkin juga isteri (mungkin. wakaka).
Dan tidak pula aku menyesal dengan apa yang aku ada sekarang. Aku malah berbangga dengan apa yang aku buat.
UKM pada aku adalah satu tempat kegagalan yang paling indah pernah aku ada. Mungkin aku gagal dalam peperiksaan tetapi aku rasa, tidak hidup aku. Kehidupan selama dua tahun di sana telah mencetuskan sesuatu yang menjadikan aku sekarang ini. Mungkin ianya mengambil masa yang lama untuk aku jumpa jalan terbaik tetapi lebih baik jumpa dari tidak jumpa langsung.
Aku ada satu joke (sekurang-kurang bagi aku) mengenai kegagalan semasa belajar dahulu. “Di UKM aku ambil short course IT sahaja. Belajar pseudo-kod.”

5 Komen:
yeahhh... aku igt kau berjalan longlai dengan sekeping buku di tgn dan pen endah mana celah kau sorokkan...Dengan rambut kerinting ala-ala mayang...dan berselipar jepun, tshirt muat-muat badan dan berseluar khakis....
datang sorang kenalan aku rapat dan menyatakan... "adda cute lah mamat tu, kau kenal ker?" menyapa aku dari belakang sambil memuncungkan mulut ke arah kau
aku /tepuk dahi!
drama pendek aku hari ini.
LOL!
wakakaka. aku selekeh macam tu pun ada orang minat kat aku? sekarang ni dah bertambah hensem mesti lagi ramai.. hahaha
aku selekeh gile kan masa kat sana. kusut aku tgk gmbr aku masa lalu.. huhu
ada fas... dia minat kau tapi di simpan dalam hati... GADIS MISTERI? jeng jeng jeng!
tapi tu zaman sekolah punya cinta... standard ah... dulu mamat rock sket diorang dah giler-giler... apa lagi yang pakai rantai besi di cangkuk pada wallet dan diselitkan pada tali pinggang belah hadapan... (bajet nampak ganas), kalau lah tiba2 aku tarik wallet dia... terlondeh tak seluar tuh?
Eh, tak salah apa seorang penggiat teater boleh mengaturcara komputer.
Belajaq la part time.
dcharmed,
hahaha... gila kau. dress camtu kira in la zaman tu. ko jgn bandingkan zaman sekarang ni. hahaha...
pegawai,
insya-Allah kalau ada rezeki, dapat la buat part time.
Post a Comment