Hari ini aku hadir ke beberapa acara seni. Pagi, ke Kata Luhur (A.Samad Said) dan pementasan teater Asy Syura (AKRAB). Di sini, sukalah aku menulis mengenai Kata Luhur dahulu.
Aku tertarik dengan acara ini kerana aku tertinggal pameran lukisannya yang pertama dahulu pada tahun 2007 (kalau tak silap di Galeri Seni Petronas). Kebetulan ke Istana Budaya tadi, terus singgah ke Balai Seni Lukis Negara untuk menyaksikan Pameran Solo beliau. A. Samad Said ada satu nama yang tidak perlu diperkata lagi. Aku suka karya-karya beliau kerana kelembutan dalam bait-baik kata yang dicipta sentiasa menenangkan. Sungguhpun emosinya marah dalam puisi yang ditulis tetapi ianya tetapi dapat dibaca dengan penuh kelembutan. Marahnya itu terkawal dan tidak membabi buta amuknya. Percaya atau tidak, aku masih tidak dapat membaca karya agungnya, Salina. Pernah sekali dahulu menonton pementasan Teater Salina yang diadaptasi dari novel ke pentas oleh Johan Jaafar.
Ada juga beberapa novel yang pernah aku baca. Beliau menulis dengan konsistensi. Kepengarangannya jelas dalam setiap baris. Jika Usman Awang terkenal dengan romantis kata-kata, A. Samad Said pula aku lihat penuh dengan kelembutan. Masih teringat ketika menghadiri satu bengkel lakonan dahulu. Kami menggunakan puisi Dialog Jamban Setinggan untuk dibuat pementasan. Interpretasinya terpulang kepada kami untuk menjadikan ianya satu bentuk persembahan pentas. Kini puisi tersebut masih terngiang-ngiang akan sindiran sinisnya dalam perbualan dua sahabat – Mar dan Haen di dalam jamban yang bersebelahan antara satu sama lain.
Kata Luhur adalah koleksi lukisan catan yang kebanyakannya menggunakan medium kertas dan dakwat untuk menghasilkan lukisan-lukisan abstrak. Dari tajuk-tajuknya dalam siri tersebut ternyata semuanya tajuk-tajuk mengenai kemurungan, kesedihan, hiba, ratapan, rayuan dan sebagainya. Antaranya adalah Siri Rekah, Pemimpin Catakserukin, Kembara dan beberapa lagi. Tajuk-tajuknya bukanlah sesuatu yang sepatutnya diraikan dalam kegembiraan tetapi mengenai ratapan-ratapan A. Samad Said dalam realiti hidup yang dilaluinya.
Untuk review kali ini, dengan jujurnya aku akui yang aku tiada masters dalam fine arts tetapi aku cuma mampu memberikan interpretasi aku sendiri atas pengalaman menonton banyak seni visual seperti teater dan filem. Jadi kalau kamu mahu terima, terimalah. Kalau tidak, terpulanglah. Garis-garis lukisan A. Samad Said dilihat matang walau mungkin ada sesetengah orang mengatakan A. Samad Said hanya menconteng di atas kertas. Tetapi contengan ini sebenarnya melahirkan satu rasa yang matang dalam menerbitkan interpretasi yang mendalam. Kebanyakan lukisannya menggunakan dakwat merah dan hitam sahaja. Dalam siri Pemimpin Catakserukin, kebanyakan garis merah (selebar 2 inci lebih kurang) ditindih dengan dakwat hitam. Gayanya hamper serupa dalam siri-siri yang lainnya. Seolah-olah kecantikan si merah ini telah dilapisi dengan rona hitam yang lebih kuat dan gelap sifatnya secara zahiriah dan batiniah. Aku kira, inilah reaksi yang mahu dikatakan oleh A. Samad Said. Kecantikan pemimpin yang cakapnya tak serupa bikin ini ditutupi sisi gelap. Walaubagaimanapun, kombinasi merah dan hitam ini menjadi dengan gaya yang cukup eksklusif sebagai warna korporat yang keparat.
Jika dilihat secara keseluruhannya, garis-garis yang kasar sifatnya dipengaruhi oleh kaligrafi Cina dan tulisan khat. Pada aku, garis-garis ini sendiri sudah mampu berpuisi sendiri secara visual tanpa kata dan bait. Visualnya indah dan cantik tetapi keras isinya. Begitu juga interpretasi aku terhadap puisi-puisinya.
Berlatarbelakangkan iringan bacaan puisi yang dirakam (persembahan A. Samad Said diiringi Space Gambus Experimental untuk puisi Suara Dari Dinding Dewan) ianya mampu memberikan kesan yang lebih dramatik terhadap lukisannya. Muzik dan komposisinya seolah-olah memberikan aku satu ruang yang A. Samad Said cuba sampaikan melalui visual. Ruang yang aku tidak dapat nyatakan secara jelas di mana dan waktu bila. Hanya seolah-olah bayangan Negara Utopia. Kesemuanya (visual, muzik dan puisi) memberikan aku impak yang satu terhadap pemahaman karya-karya A. Samad Said. Ianya sukar digambarkan dengan teks dan kata kerana pengalaman melihat dan menonton ini dirasakan begitu mengujakan aku pada ketika itu. Sehingga kini, tiada kata yang aku boleh ganti dengan pengalaman menonton tadi. Tetapi yang mudah untuk aku simpulkan adalah, cantik dan lembut penyampaiannya tetapi keras isinya dan kuat idealoginya.
Ini pertama kali aku menulis mengenai lukisan. Cetek benar rasanya; pengisiannya tetapi aku suka berkongsi pengalaman menonton dan melihat.
p/s: terlepas pameran A. Samad Said yang pertama dahulu. Lukis atas kertas tisu. Aduh! Bila terdengar ‘atas tisu’, aku dah rasa kelembutannya. Dia ni magik betul la.

8 Komen:
teruskan menulis tentang lukisan lagi dan terus melukis juga... ;-)
Pak Samad bukan pelukis. Tapi beliau memang ada bakat seni yang membolehkan beliau melukis.
Bila aku katakan pelukis ni, maksudnya beliau bukan seperti Syed Ahmad Jamal, Ibrahim Hussein, Latih Mohidin, Redza Piyadasa; yang menjadikan seni visual sebagai medium seni mereka.
Pak Samad memilih sastera sebagai medium seni beliau, namun sebagai orang seni, bakatnya tercambah ke seni halus.
Mengikut apa yang aku tahu, ini pameran beliau yang kedua. Kebanyakan karya seni halus yang beliau hasilkan adalah 'contengan' kasar di atas apa saja jenis kertas yang disertai manuskrip puisi beliau.
Seraya itulah ia hadir dengan rasa yang sama, seperti mana puisi beliau.
Ada beberapa pemuisi muda yang turut menggunakan cara yang sama seperti Rahmat Haron. Mungkin kerana Rahmat tidak segah Pak Samad, maka karyanya cuma terbit di dalam penerbitan indie Utopia Trauma saja, bukan di galeri lukisan seperti di BSLN.
Fuhh... panjang pulak aku komen. Ni dah macam rebiu. Sori Vitamin, tumpang kat sini.
aidi rahimi,
review kali ini saja je nak kongsi sebab rasa lain macam bile tgk lukisannya.
pegawai,
takpe.. ko tulis aje.. aku tak kisah pun.. terima kasih kerana berkongsi..
well done bro :)
kamal sabran,
tq bro
lucu la anda ni.... lihat dr comentar anda... anda student lagi ni... masakkan diri anda dgn byk menonton pelbagai persembahan ya.. saya pergi menonton RLKB pada hari ketiga. nga ada cacat celanya... mgkin ya pada pelakon dr artis penari itu. dbkl artis. tp sbg penari mereka sudah berlakon dgn bagus. utk pelakon profesnal spt MAK RAYA, PAK HASSAN, BUDIN, NIKMAN, ZULKIFLI DAN ANITA.. mereka cemerlang itu. kiranya saya terhibur dgn luahan ilmunya. skrp bagus dan idea berisi nga kosong. kepada saudara jika kamu pelajar teater harusnya hamu kena bijak member komentar ya. jgn nampakkan kamu lemah dan nga byk isi. belajar lagi utk diri sendiri berada ditahap lebih baik. moga kamu lebih rajin dan jgn melatah. kerana kamu akn nampak org yg gagal dlm hidup.
gajamada-2006.ASK 2001
anon,
terima kasih atas sokongan..
Post a Comment