Hakcipta terpelihara. Dilarang terbit semula tanpa kebenaran penulis.

30.7.09

Perbualan Lelaki Jalang

Masa aku duduk di KL Sentral, menunggu kawan aku untuk datang mengambil aku, aku sempat berbual dengan seorang lelaki berumur. Biasanya, aku tidak akan memulakan perbualan sebab aku tak suka berbual dengan orang yang tak kenal. Dia yang memulakan perbualan. Itu pun secara tidak sengaja. Ceritanya begini.Justify Full
Aku duduk satu bangku dengan mamat ni. tak sepatah perkataan pun keluar. Lagipun aku tak ada mood untuk berbual. Dengan tak semena, datang kawan sekolej menegur aku. Dia mahu balik ke Taiping katanya. Kemudian, dia duduk sebelah aku dan bercerita macam-macam benda yang aku tak tahu seperti UiTM umumkan cuti, sahabatnya meninggal dunia dan banyak lagi. Sedang berbual, aku terima satu panggilan. Dia pula berbual dengan mamat yang tadi duduk sebelah dengan aku. Lepas aku letak telefon, kawan aku tadi cakap nak gerak dulu. Dia pun gerak lah. Tinggal aku dengan mamat tu. Kemudian dia berbual pula dengan aku sebab tadi dia berbual dengan kawan aku.

Dia tak perkenalkan nama. begitu juga aku. Dia kata umurnya 46 tahun. Berbeza jarak umur 20 tahun dengan aku. Tiba-tiba keluar soalan pertama yang aku kira agak janggal untuk kita orang biasa yang pertama kali berjumpa untuk bercakap. Dia tanya aku pasal pandangan aku tentang keadaan Malaysia sekarang ini dari sudut politik. Persoalan politik pada aku adalah satu perbualan yang tidak menyumbang kepada hubungan sosial yang baik. tapi tak apa, aku jawab juga. Aku katakan, politik Malaysia tak bagus. Dia juga bersetuju. Dia katakan terlalu banyak propaganda yang bersifat retorika. Aku pun mengiyakan sahaja.

Kemudian dia tukar topik. Berkaitan politik tetapi bersifat peribadi sedikit. bukan peribadi aku tetapi peribadi orang lain. Dia tanya aku, “awak rasa betul ke Anuar kena main belakang?”. Aku cakap la, “ish, tak la.” Dia juga bersetuju, dia mengatakan dia seorang yang terbuka. Dia baca semua akhbar politik dan mengumpul semua hujah-hujah dan mengatakan cerita itu palsu. Itu semua propaganda sahaja. katanya. kemudian bertukar topik lagi. Dia kata, ada seorang bekas menteri (sekarang sudah tidak menjawat lagi. bahkan tidak duduk kerusi di parlimen pun sebab kalah) selalu keluar masuk negara kerana ada affair dengan seorang wanita di luar negara. Isteri bekas menteri tidak tahu. Dan mamat ni pula memberitahu bahawa dia juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan isteri bekas menteri ni. sebab isteri bekas menteri ni sudah desperate untuk melakukan hubungan seks.

Pada saat ini, aku kira cerita mamat ni dah macam mengarut. Apa pasal kau nak cerita kau pernah main dengan isteri menteri kat aku. Siap cakap, dia tak ada pilihan selain fuck isteri menteri tu. Tapi tak apa. aku layan je cerita mamat ni.

Lepas tu dia cerita pula dia selalu turun ke KL dan lepak di Bukit Bintang. Ada sekali dia diajak oleh seorang pelancong lelaki dari Hong Kong untuk menemani dia ke kelab Blue Boy. Mamat ni tanya aku, pernah dengar tak kelab tu. Aku terus jawab aku tak pernah dengar. Padahal aku pernah dengar. Dia cakap, dia pun terpaksa (sekali lagi – terpaksa) menemani pelancong Hong Kong ini ke kelab tersebut. Selepas pergi ke kelab tersebut, pelancong tersebut mengajak menemani ke bilik pula. Mamat tadi pun teman dia ke bilik. Namun, bila sampai ke bilik ,mamat ni cakap dekat aku, yang pelancong Hong Kong ni nak hisap kemaluan dia.

Aku dah rasa pelik dah dengan cerita mamat ni. ini sudah lebih. Kau nak cerita pasal hubungan seks luar tabii pulak kat aku. Masa ni, aku dah pegang-pegang telefon mengharapkan ada seseorang yang akan menelefon aku ketika itu dan aku boleh blah dari mamat pervert tu. Tapi malang, tak ada orang nak call atau mesej.

Mamat tadi sambung cerita dia balik. Dia cakap kat aku, dia pun terpaksa bagi kemaluan dia dihisap oleh mamat Hong Kong tu. Selepas ejakulasi, mamat tu cakap, diorang terbaring atas katil. Mamat tu sekali lagi cakap, dia diminta untuk main pelancong Hong Kong itu secara luar tabii. Kali ini, mamat tu cakap dia menolak. Aku rasa lega. Tapi itu cuma ‘pause’ seperti yang terdapat dalam mana-mana drama pentas. Dia kemudian menyambung ceritanya. Bila kedua-dua mereka terbaring, dia melihat punggung mamat Hongkong itu seperti punggung perempuang dan terus diliwatnya pelancong Hong Kong itu.

Bila aku dengar pengakuan ikhlas berbau pervert itu, aku jadi tak keruan. Dia ni dah lebih-lebih pulak ni. dalam masa dia berbual, aku perhatikan dia selalu betulkan seluar dia yang agak longgar dan membetulkan kedudukan kemaluan dia dengan tangan secara terbuka depan aku. Aku cakap dalam hati, “munimak metul la mamat ni.”

Cerita itu tak habis di situ. Dia sempat tanya aku, aku ni ada girlfriend ke tak. Dengan laju aku menjawab ada. Dia tanya la aku dengan girlfriend aku macam mana. Lepas tu siap tanya aku, selalu ke main dengan girlfriend aku. Munimak sekali lagi! Mamat ni sudah lebih ni. aku jawab dengan sopan sebab aku ni jenis yang tak cepat melenting atau gabra.

Tak lama, kawan aku sampai ambil aku. Aku rasa selamat selepas itu. Aku rasa, mamat tu tengah sangap nak main. Masalahnya dia siap bagitau dengan aku yang dia lebih suka main belakang mamat Hong Kong itu dari isteri bekas menteri tu. Bunyi je dah bunyi gay. Pulak tu siap tanya aku ada girlfriend ke tak. Kalau aku cakap tak ada, lagi besar la potensi dia untuk meracuni aku supaya dapat dibontoti. Weiii… Memang tak la.

Aku rasa, penampilan aku tak ada la macam adik-adik sangat. Tapi dia ingat aku ni student, dia boleh makan la. Babi punya mamat yang tak kenali. Cerita punya cantik dengan aku.

Tapi aku kagum dengan dia yang pandai membawa topik perbualan. Dari politik kepada seks. Kalau boleh dibuat satu karya pendek, aku akan buat tanpa sebarang potongan atau censor. Tajuk karya pendek tersebut adalah Perbualan Lelaki Jalang.

Lagi satu, aku berbual dengan mamat ni dalam bahasa Inggeris. Itu yang aku terus berbual sebab aku nak improve aku punya inggeris. Tengok-tengok, mamat ni cerita benda lain plak. kalau tak, memang dah lama aku blah.

so, kepada kaum lelaki sejati yang tidak mahu dibontoti (samada secara zahir ataupun perbualan) jangan sesekali bercakap mengenai politik. kerana dari politik semua orang mahu mengambil kesempatan. wakakaka.


29.7.09

Atuk

Minggu lepas, balik ke kampong. Mak aku cakap, “musim buah dah nak habis. Tak nak makan buah ke?” Oleh kerana aku dapat cuti dua hari dari klinik, aku pulang awal ke kampong. Hanya kerana mahu makan buah banyak-banyak. Makan atas pokok. Itu adalah satu lambang kepuasan bagi aku. Baru kampong.

Tapi bila aku balik kampong hari tu, atuk tak sihat. Mak aku cakap sakitnya datang lagi. Sakit pinggang. Terdahulu dia pernah jatuh dan terperosok di dapur sebab nak mengelakkan kucing yang bertempiar nampak atuk. Tangan kiri atuk patah. Berbalut simen dan bengkak. Biasalah orang tua. Sakit apa pun semuanya lambat baik. Sudahnya, dia tak dapat bergerak selincah dulu.

Atuk aku punya kuasa melebihi Superman. Pernah dahulu, masa aku kecil, duduk di rumah atuk. Aku dan adik-adik yang lain juga. Pagi-pagi lagi sudah bangun. Pertama, tolong mak aku bungkus makanan untuk dijual ke kilang. Kedua, siapkan sarapan untuk kami adik beradik. Biasanya atuk bangun jam 4.30 pagi. Sama dengan mak aku. Masak itu dan ini. Dan aku bangun jam 6.00 pagi. Bangun je dah tersedia air panas dalam periuk. Bahagi dua. Separuh untuk aku, separuh untuk adik aku. Siap mandi, pakai baju dan seluar sekolah. Mak aku pula dah siap untuk kerja. Aku sarapan, mak aku pergi kerja.

Dah sudah sarapan, atuk akan ambil lampu picit dan bawa beg sekolah. Kadang-kadang bawa beg sekolah aku, kadang-kadang adik aku yang lain. Jam 6.45 pagi dia hantar kami adik beradik ke hujung jalan lorong rumah kami. Bas tak ambil di depan rumah. Agak-agak jaraknya lebih kurang 300meter dari rumah ke tempat bas ambil aku. Dalam kegelapan pagi itu, atuk suluh jalan kami nak pergi sekolah. Dia tunggu kami adik beradik untuk naik bas. Dalam pada berjalan dan menunggu bas itu, atuk banyak kali pesan, belajar rajin-rajin. Ingat ayah emah orang susah. Tolong ayah tu nanti. Setiap kali atuk cakap macam tu, aku akan sebak. Aku tak tahu kenapa tetapi itu kata-kata atuk yang aku akan ingat sampai bila-bila. Bila bas sampai, aku salam atuk, cium tangan dia dan pergi sekolah. Biasanya aku cakap, “pergi dulu Tok”.

Bila hari hujan, sedang aku dan yang lain bersarapan, atuk akan bongkar segala plastik besar untuk aku pakai dalam meredah hujan. Atuk cakap, “pakaian sekolah masuk dalam plastic dulu. Sekarang pakai pakaian biasa dulu. Nanti sampai sekolah baru tukar baju sekolah”. Disebabkan dia tak nak cucu dia ni basah, dia tebuk plastic beras dan jadi baju. Beg sekolah juga dimasukkan di dalam plastic sebab dia tak nak buku-buku aku tu semua basah. Kasut pun begitu juga. Dimasukkan dalam plastic dan aku berkaki ayam ke sekolah. Sampai ke sekolah dan kering semua badan, baru pakai kasut.

Aku memang dibesarkan untuk tidak hidup bermewah. Aku dari kecil memang tidak hidup mewah. Kata mak aku, kalau nak pakai mewah-mewah usaha sendiri. Cari duit sendiri. Jangan mencuri dan jangan menipu.

Aku tak pernah terfikir tentang semua benda yang atuk aku lakukan masa aku kecil dulu. Yang aku tau, aku pergi sekolah dan balik. Itu sahaja. Aku (dulu) kira itu memang kerja seorang atuk.

Tapi bila aku tengok atuk kurang sihat sejak kebelakangan ni, aku rasa aku sudah seperti semakin jauh dengan dia. Tak macam aku dulu. Zaman budak-budak. Masa aku balik kampong, mak aku cakap dia sakit sebab dia tolong sekali bersihkan pokok rambutan yang banyak berbuah. Daun-daun yang jatuh tu dikumpulkan. Dahan-dahan dilonggokkan. Itu yang dia sakit semula. Atuk aku tak reti duduk diam. Kadang-kadang kena marah baru la duduk diam. Dia seorang yang perfectionist. Segalanya tak kena pada mata dia sehinggalah dia buat sendiri dengan sempurna.

Aku doakan atuk sihat seperti selalu. Aku mahu dia kembali gagah macam dulu lagi. bukan untuk memikul beg aku lagi, tapi untuk dia terus terasa gembira dan sihat sejahtera.

Nama atuk aku, Jah Bte Ibrahim

27.7.09

Kembali

aku pulang ke rumah minggu lalu (hari Khamis). aku dapat cuti dari klinik. katanya Influenza-like illness. dari minggu lepas pula, mak aku sering tanya aku bila nak balik kampung. jadi, cuti Khamis dan Jumaat itu, aku pulang ke kampung. sudah lama tak jengah famili di sana.
duduk di kampung, aku tidak ada sebarang berita pun untuk didengar. aku tidak tahu UiTM tutup seminggu. aku tidak tahu Yasmin Ahmad meninggal. sebabnya aku taidak tengok TV.
Al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad. semoga rohnya dicucuri rahmat. aku rasakan ianya satu kerugian besar kepada industri perfileman negara. karya-karyanya sering mendapat tempat di hati manusia. jiwa kemanusiaannya begitu dekat dengan kita. aku mahu menonton lagi karya-karya beliau yang lain. tapi beliau pergi terlalu awal.

18.7.09

Aku Tentang PPSMI (Part II)

Akhirnya, segala kemelut tentang PPSMI berakhir pada minggu lepas setelah Kementerian Pelajaran mengumumkan untuk tidak menggunapakai PPSMI.

Berita ini adalah satu berita gembira pada aku dan seluruh penduduk Malaysia yang secara jatinya (dan bersemangat nasionalis) mendukung pengajaran menggunakan bahasa Melayu. Aku pernah memberikan pandangan ini sebenarnya dan aku sekeras-kerasnya menentang. Tetapi, dalam masa aku menentang itu, ada beberapa komentar yang membalas dan pandangan aku tentang itu. Aku tidak kisah kerana itu hak masing-masing untuk menerima atau menolak.

Tetapi apa yang paling kelakar adalah akhbar-akhbar arus perdana yang sentiasa menjadi mulut kerajaan. Akhbar-akhbar ini terlalu menyanjungi pendapat kementerian seolah-olah mereka tidak ada otak untuk memberikan pendapat-pendapat mereka sendiri. Fikirannya tidak telus. Pada ketika mana, kerajaan berkeras mempertahankan statistic bahawa peningkatan dalam graf keupayaan anak-anak murid menjawab dalam bahasa Inggeris, mereka mendedahkan segala statistik ini yang aku kira palsu belaka. Mereka seolah-olah tidak mahu memaparkan statistik yang dibuat secara telus dan laporan yang benar. Segala percakapan rakyat menentang PPSMI diputarbelitkan, dan mendukung aspirasi kerajaan untuk terus menggunakan PPSMI. Walhal mereka tahu apa sebenarnya yang telah terjadi.

Dan setelah PPSMI dimansuhkan, barulah mereka ini terhegeh-hegeh mengeluarkan statistik kegagalan PPSMI. Bukankah statistik ini perlu dikeluarkan lebih awal lagi untuk tidak menipu rakyat. Penggembelingan akhbar dan kerajaan seolah-olah mahu memperbodohkan rakyat. Mereka menggunakan kuasa media untuk memberikan laporan palsu (pada awalnya) dan kemudiannya mendedahkan laporan yang betul.

Dan lebih kelakarnya, penulis-penulis kolum sibuk menulis esei tentang keprihatinan kementerian memansuhkan PPSMI. Kau ni bodoh ke apa? (Are you stupid or something). Sepatutnya kau (penulis kolum) tulis lebih awal tentang buruknya pelaksanaan PPSMI ini. Dan isi-isi mereka menyokong kerajaan memansuhkan PPSMI ini bila aku baca balik, sama je dengan apa yang pembangkang cakap, A.Samad Said cakap, dan mereka yang menentang PPSMI.

Sekali lagi, mereka telah menjadikan diri mereka bodoh di hadapan berjuta-juta pembaca yang sedar (celik).

Sekali lagi aku mengkagumi cerita-cerita rakyat. Kali ini adalah kisah Hang Nadim yang memberikan ideanya untuk menggunakan batang pisang dari terus Singapura dilanggar amukan todak. Raja yang bingai pada ketika itu kemudiannya telah termakan pujukan datuk bendahara untuk membunuh Hang Nadim kerana dikhuatiri apabila besarnya nanti Hang Nadim itu, akan mebjadi lebih bijak dari Raja mereka.

Apa ke bodoh orang melayu itu. Tidak mahu rakyatnya menjadi labih bijak. Dan kesekian lah terjadi sehingga sekarang ini, pemimpin melayu itu, tidak suka rakyatnya menjadi lebih bijak kerana dikhuatiri rakyatnya akan menentang. Oleh itu, disebabkan peredaran masa dan teknologi, pemimpin-pemimpin sekarang menggunakan media untuk menjadikan rakyatnya menjadi bodoh dengan menyuapkan berita-berita tidak telus. Mereka yang bijak ini, dibunuh dengan menghantar ke dalam tahanan ISA agar (kononnya) semangatnya dibunuh di dalam kurungan itu.


13.7.09

Ringkas

semester baru telah bermula minggu lepas. kiranya, sekarang ini sudah masuk minggu kedua sesi kuliah. aku dijangkiti selesema dan batuk tetapi tidak demam berikutan keadaan cuaca yang seringkala tidak menentu. tambahan, minggu lepas aku seringkali berada di ruang berhawa dingin membuatkan badan aku menjadi tidak sihat.

baru minggu pertama, sudah banyak perancangan yang dibuat untuk menghabiskan semester ini. ada projek itu dan ini. aku terima dengan hati terbuka. nak tolak tidak dan membantah pun tidak.

minggu lepas aku sibuk (tak la sesibuk mana pun) dengan Intan Yang Tercanai. aku tak sempat nak buat promo dalam blog ini. sibuk dengan kelas, latihan dan bergegas ke sana ke mari. Alhamdulillah, pementasan sudah berakhir dan aku berpuas hati dengan segala persiapan dan kerja-kerja produksi. aku ada menulis sedikit review tentang pementasan ini tetapi belum siap sepenuhnya. nanti aku akan post di bawah label peristiwa. satu kelebihan kali ini adalah, aku menonton teater ini banyak kali dan memberikan aku banyak masa untuk membaca skrip ini.

selepas ini, aku akan terlibat dengan Short+Sweet Festival di KLPAC. latihan hanya akan bermula besok dan seterusnya. pelakon dah ada, skrip dah ada, idea dah ada. cuma kederat sahaja belum ada masa untuk melaksanakan. kalau tiada aral melintang, aku akan fokus kepada rehearsal ini pula.

dan selepas itu, aku tidak pasti apa yang perlu disibukkan lagi. mungkin jadual kelas, tugasan dan pelbagai lagi renyah pembelajaran yang lain.

sekian.


1.7.09

1, 2, Jus

semalam aku dengan Arip main 1, 2, Jus (burung , batu , air) mengikut stail konvensional. siapa yang menang akan dapat duduk sebelah tepi sekali dalam Van untuk ke DBP. sebab sebelum ini, aku yang duduk belah tepi sekali. (untuk makluman, Arip seorang yang gemuk)

1, 2, Jus!!!

aku buat simbol air. Arip buat simbol air.

1, 2, Jus!!!

aku buat simbol air, Arep buat simbol burung.

Arip : haha. aku menang. aku duduk tepi tingkap.
aku : aik. aku la menang. apsal ko pulak menang?
Arip : aku la menang. aku buat burung tadi.
Aku : ye la. aku la menang. aku buat air. burung masuk dalam air, burung lemas la.
Arip : aik. abis tu, burung minum air, air kalah la.
Aku : itu kalau burung minum air. ini, kalau burung lemas dalam air tu macam mana. kalah la burung.
Arip : eh, ko ni main stail mana ni?
Aku : eh, memang macam tu la rules dia. ok, kalau batu dengan burung siapa menang?
Arip : Batu la menang.
Aku : habis tu, kalau burung elak. burung la menang.
Arip : Apsal burung nak elak pulak?
Aku : Haaa. sama la. kenapa burung nak kena minum air pulak. kenapa dia tak boleh lemas.
Arip : Ish, ko ni pelik la. ko main ikut cara mane ni.

Arip terus masuk dalam van dan duduk tepi.

Aku ada satu skrip.