Hakcipta terpelihara. Dilarang terbit semula tanpa kebenaran penulis.

6.10.09

Dialog Blog+Book=Blook

Maaf aku tidak sempat untuk mempromosikan dialog ini dalam blog ini disebabkan agak sibuk dan jauh dengan kemudahan internet. Tambahan, hujung minggu lepas aku keluar membantu senior-senior dalam projek akhir honor showcase dalam produksi kalut. Jadi, aku tiada kemudahan capaian internet. Aku bawa laptop tetapi malas nak online. kononnya mahu tumpukan perhatian kepada satu kerja sahaja. Chit, poodah!!!

Dialog ini adalah satu keperluan subjek Digital & New Media (pensyarah En Aidi). Kami sekelas dikehendaki mengadakan sebarang seminar/dialog/bengkel mengenai topik media baru dan digital. Subject matter kena cari sendiri. Jadi, aku telah mencadangkan topik ini dan akhirnya dipersetujui oleh semua seisi kelas. Tahniah diucapkan kepada raka-rakan kelas yang lain kerana telah membantu untuk menjayakan majlis ilmu ini.

Terima kasih juga kepada para panel Dr Zul, Ajami hashim dan Vovin; yang hadir kerana berkongsi pandangan dan ilmu kepada kami. Banyak perbincangan dan topik yang diutarakan dan diselatankan. Kadang kala merewang pergi ke timur jauh dan barat sesat. Hehehe. Tambahan moderator pada malam tu agak kaget dan pertama kali mengacara dialog. Jadi terbiasa dengan perangai sebagai seorang pelajar yang sentiasa mahu mendengar dan tidak suka menyampuk (ececeh). Tapi aku kira, masih terkawal lagi.

Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yang hadir. En norman, Pn Lela, En Ezwan, Pak Agi. Rakan-rakan yang hadir dari jauh Pipiyanpong, Fadz Tontonfilem, Fazleena, Wani Ardy, dan beberapa lagi yang saya tidak berapa kenal. Maaf ye. Juga kepada para pelajar yang juga turut berjaya hadir pada diskusi pada malam itu. Ada beberapa blogger dari FACT juga turut hadir.

Aku tidak mahu menulis apa yang berlaku pada malam itu kerana aku sebahagian daripada jawatankuasa. Jadi tidak adil aku menulis dari sudut pandangan aku. Tambahan nanti seperti bias pula. Biarlah orang lain yang melihat bagaimana diskusi itu berjalan. Aku tahu, ada cacat celanya dan ada juga baiknya.

Sekali lagi terima kasih. Komentar kalian harap dapat menambah baikkan untuk masa mendatang.

9 Komen:

fadz said...

Are you telling me the women who sat beside Pak AGI was Pn. Lela, a lecturer? Oh, hell..

Vitamin said...

kalau tak silap, dua-dua belah Pak Agi adalah wanita. sebelah kiri lecturer muda, cik hajar. sebelah kanan pak agi tu pn lela. yang tny soalan tu cik hajar..

terkezut? hehehe

fadz said...

but both are lecturer kan? hahah, aku kutuk dalam blog, omg! hahaha!

Vitamin said...

kutuk? erm, aku dah baca.. takde pape pun.. hehehe

maPieCeoFarT said...

dah di-edit mungkin... huhu...
sy resah dgn kualiti audio smlm, suara di mic tenggelam timbul... pulak tu berulang kali sy signal saudara moderator dekatkan mic ke mulut... diskusi dah jadi hangat, semua jadi spontan... tapi seronok!

congrats to all of us... nnt kita adakan diskusi Flook pulak... =)

Coffeeholic said...

hehe fadz- ape salahnya...sekali sekala curahkan apa yang benar:D

Ajami Hashim said...

tQ bro & all

nih post-mortem gua:
ajamihashim

hahaha!

aloy_paradoks said...

ceh... gua belum jadi blogger rupanya..

fadz said...

jaja, kebenaran? waduh.. lebih macam sarkasm di pihak saya sebenarnya terhadap si dia, hoho..