Hakcipta terpelihara. Dilarang terbit semula tanpa kebenaran penulis.

30.10.08

Begeikoh by Kudan Project

aku terima emel dari Japan Foundation Kuala Lumpur. derang hantar emel kat aku tetiap bulan kot. sebab aku daftar sebagai penerima emel untuk aktiviti derng ni..
-

terbaru dia hantar satu emel. banyak acara bulan ni. tapi ada satu yang menarik minat aku untuk datang. (sebelum ini, aku tak pernah datang pun acara yang derang anjurkan kecuali Concert Drum kat IB). Tajuk dia Begeikoh. so, datang la tengok..

tanpa keizinan derang, aku tolong promote. nasib ah...
--
Tajuk
Begeikoh
-
Produksi
Kudan Project (Based in Nagoya, Japan)
-
Tarikh
27, 28 & 29 November 2008
-
tempat
Block Box ASWARA
-
Tiket
RM30 orang biasa, RM15 untuk pelajar, warga emas, OKU dan ahli JFKL
-
Tempahan
Telefon JFKL Tel. 03-2284 6228 (Isn-Jum, 8:30am-4:30pm)
-
datang la wei.. nanti jumpa kat sana. ala, bayar RM15 je kot.. nanti dah dekat2 ngn tarikh show, aku letak kat ruang promosi kat sebelah kanan skrin korang.. nak info lebih lagi, klik sini.
-

29.10.08

Potong Rambut



aku dah layan benda alah ni.. korang kena dengar pakai headphone. diulang. kena pakai HEADPHONE. HEADPHONE!! klu tak, korang tak akan mengalami pengalaman yang best. lagi satu, kena tutup mata. tutup mata, tutup mata. try tgk. lepas korang dengar, try kasi kawan korang dengar dan tutup mata. lu orang tgk apa plak reaksi derang. aku dah try beb.. macam sial.. bagus la orang yang wat ni.

27.10.08

Review 13 : The Birds

semalam aku pergi menonton teater The Birds di Muzium Negara. Produksi oleh Pusat Kebudayaan UM. aku dah tau lama pasal teater ni sebab salah seorang pelakonnya adalah kenalan aku. pementasan ini adalah projek akhir untuk subjek apa ntah. maka, mereka yang terlibat dinilai dan diberi markah.

aku pergi menonton bersama Gadis. menaiki Kuda Hitam berhabuk aku tu (sebab dah lama tak basuh). sampai di sana, Azhar, Naz, Mali n Nana dah duduk di kerusi. aku pun duduk gak. dekat dengan derang. selang sebelah kiri duduknya Ariff Waran. belakang aku pulak, Hariry. Achong pun ada gak. Ariff Waran aku kenal masa buat Gugurnya Kopiah Putih di DBP (KL Fringe Festival). Hariry pulak aku kenal melalui ruang siber je. aku selalu baca blog dia. ada juga dengar2 cerita daripada En Syahrul pasal Hariry ni. Achong aku kenal masa buat short film kat ASWARA dulu. dia partner lakon aku la.

terus kepada The Birds. masa mula2 masuk panggung, terang benderang je panggung tu. aku pikir dalam hati, "aik, takde preset ke?". tapi ada lagu la derang main pakai CD. lagu era2 classical atau romaticisme camtu la. biasanya preset akan memberikan gambaran kepada penonton tentang keseluruhan konsep pementasan tu. tak pun, preset ni digunakan untuk memberikan mood menonton teater itu sendiri. sebagai contoh, kalau teater tu menggunakan latar masa 60an, maka lagu preset yg digunakan akan mengambill lagu sekitar tahun itu. house light juga dimalapkan sedikit dan lampu atas pentas memberikan gambaran cerita sedikit cerita itu. itu semua nak bagi mood je kat audien supaya bersedia menonton teater dan get in to the mood. tapi bila lampu dalam house tu terang benderang, nampak macam tak memberi mood bersedia menonton kepada penonton. takpe la, aku tgk je..

aku tak nak cakap pasal lakonan sebab aku rasa pelakon-pelakon dah deliver dengan baik. pelakon utamanya adalah Abang Ejad, Kak Ara (Juhara Ayob), Abang Rosman dan banyak lagi. derang aku dah kenal (aku kenal derang, derang tak kenal aku) kerana derang dah banyak terlibat sebagai pelakon di sekitar KL ni. kira agak popular la dari kalangan penggiat teater.

dari segi sinografi, tak memuaskan. terutama dari segi warna. set warna coklat, costume kaler kali (warna warni) macam filem Hindustan. bila korus2 (burung) yang berwarna warni ni masuk, habis tenggelam set. seolah-olah mereka tak bersatu dalam ruang yang sama. pada aku, perlu ada kesatuan di dalam menghimpunkan unsur kekaguman (set, costume, prop, light). makanya, setiap benda itu akan berdiri dengan sendiri tanpa dibantu dengan kesatuan unsur kekaguman itu sendiri.

dari segi pengarahan pula, aku dapat lihat ianya sedikit longgar. tiada konsep yang jelas hendak ditonjolkan. macam pengarah ni tak ada hala tuju dan tak yakin dengan apa yang dia nak sampaikan. selamatlah skrip komedi ini dibantu oleh pelakon yang ada sense of humour. kalau tak, memang cerita ini akan jadi satu tragedi kepada penonton yang datang melihat.

sesekali terdapat adegan yang mana pelakon bercakap dengan audien, krew naik atas pentas dan beri prop kepada pelakon. prompter bagi line kat pelakon. part ni aku dah nampak bahawa, dia mahu teater ini menjadi satu bentuk persembahan yang lebih teaterikal. presentational dari re-presentational. (re-presentational=realisme, sebab derang copy balik life sebenar). tapi konsep yang pengarah nak guna tu tak jelas. makanya, apabila berlakunya adegan seperti bercakap dengan audien, prompter bagi line, krew naik atas pentas nampak longgar dan tak best. dah nampak drma budak sekolah. pengarah ni serius ke tak? Roselina Khir ni beb. bukan calang2 orang. selamat show free.

satu yang aku suka kepada teks Greek adalah isunya sentiasa akan releven dengan isu terkini. Medea dengan poligami, The Birds dengan isu kerajaan yang terpesong dan pembentukan kerajaan baru, Oedipus dengan isu kebutaan (saling kenal manusia), Lysistrata dengan isu perang dan banyak lagi. subjeknya tidak akan lari dengan permasalahan masyarakat kini. kenapa manusia sebelum masihi sudah berupaya menghasilkan skrip2 yang baik? penuh falsafah lak tu.

aku menulis tentang review ini bukan nak kata aku dah bagus gila babi. tapi aku cuba menajamkan skill penulisan aku dalam mengkritik. kritikan itu adakalanya baik dan adakala tidak. kalau puji, semuanya akan jadi baik, dan kalau kutuk semuanya akan jadi tak baik. maka aku pilih kritik sebab ianya boleh jadi baik atau tidak. aku harap, sesiapa yang terlibat dengan produksi the birds yang membaca review ni, tak ambil pusing dengan tulisan aku ni. lagipun, bukan ramai sangat pun yang baca blog aku ni. aku bukan orang popular pun. dan aku pun buat teater bukan bagus sangat.

aku terlepas banyak teater sejak naik cuti raya ni. pertamanya, aku sibuk dengan asimen. kedua, financial problem. ketiga, aku lupa dengan tarikh show-show tu. nanti aku datang Maskara Shorties dengan Azmir. akhirnya dia datang tgk Maskara gak. huhuuuuu...

ni lirik dari lagu Vitamin oleh Incubus. saje aku letak. tak ada kena mengena dengan entri ni.

You stare at me like a vitamin
on the surface you hate
but you know you need me

Kau usha aku macam pil vitamin
nak telan pahit
tapi kau tahu kau kena telan gak

24.10.08

Exam Rebab

aku ada beberapa asimen yang aku kena submit dalam semester ini. hari ini adalah hari terkahir kuliah dan minggu depan adalah minggu peperiksaan. semalam, aku baru habis exam teater tradisional. aku main rebab. babi, tak nak cuak pulak aku menghadapi exam tu. sebab ada seorang Prof ni datang. klu lu orang belajar kat sini lu orang akan kenal perangai dia.

Disebabkan aku baru belajar satu lagu (susah beb) dari permainan rebab tu maka, aku kena betul2 main la. Tak leh terkehel bunyi rebab tu. Petang tu, sebelum exam, En Nuar, guru rebab aku tambah lagi satu lagu. Aku terkujat seraya membesarkan bebola mata aku. En Nuar ni gila ke. Dah la satu lagu pun susah nak main, ini nak tambah satu lagu lagi. Dia cakap lagu ni senang je. Aku tengok dia main, lepas tu dalam hati aku terdetak, “oh, senang je. Lebih kurang macam lagu cendoh yang aku belajar tu”. Praktis sikit sebelum exam tu dan perform.

Abis perform dua lagu tu, Prof tu senyum dan cakap, “ok la tu, boleh pun main.” Masa tu jantung aku dah nak pecah dah. Nasib baik tar-tar dari rokok yang aku hisap membuatkan jantung aku liat untuk pecah. Aku bukan takut apa wei, subjek dia ni susah untuk score dan senang untuk gagal. Tu yang aku cuak. Kita bertungkus lumus praktis dan main benda alah tu tapi dia bagi kita C. hah… memang nak kena tumbuk la.

Lepas satu azab, dia suruh kitorang yang amek subjek Teater Tradisional ni, buat jurnal dan laporan dan hantar sebelum balik cuti nanti. Palotak dia. Laporan tu tak pe la gak, ini jurnal. Aku ada 14 minggu kuliah dan satu minggu ada 2 kali kelas. Semua sekali ada 28 kelas. Ada 28 hari yg aku kena taip. Dan aku dah lupa tarikh2 yang aku masuk kelas tu. Siot betul. Dah last2 week baru nak kitorang wat benda alah tu. Gila ke apa.

Satu berita yang kurang enak didengar adalah, en Nuar dah nak masuk ASWARA. aku baru nak betul2 serius main rebab. Maksud aku, main untuk boleh perform la dengan pakcik2 tu. Tapi dia dah nak ke sana pulak. Dengar kata, sana lagi lumayan. Rezeki dia kot. Tapi aku akan try mintak kat ketua program aku supaya dia ajar aku secara part time. Sapa lagi nak ajar aku. Senang aku belajar dengan dia.

Tahun depan baru aku ada rebab sendiri. Maka cuti ni memang tangan aku jadi keras balik la. Aduih! RM400. harga tu paling murah Pak Ya boleh beri kat aku. Rebab yang kosong. Tak ada bunga dan kerawang2 tu. Lantak la, janji bunyi. Siapa nak sponsor aku beli rebab???
-
:::sarat firasat tersirat:::

-

23.10.08

Alone And Lonely

Semalam, disebabkan makmal computer tutup awal, aku seperti kehilangan arah. Walhal aku masih ada asimen yang aku kena wat untuk dihantar sepanjang minggu ini. Dengan ketiadaan wang untuk makan, aku lepak dengan kawan aku di kolej. Cari sape2 yang ada rokok dan hisap rikok bersama kawan aku, Syam. Lepas hisap rokok, dah tak ada arah tuju. Nak balik rumah, nanti tak leh wat asimen sebab computer makcik aku tu bnyk sangat virusnya. Maka, aku lepak2 je kat kolej. Ada kerusi batu kat situ.

Kemudian ternampak Isey, datang dengan sekonyong-konyong berjalan kaki. Datang je, terus keluar statement.

Isey : wei, Vitamin. Aku tengok ko dah tak macam dulu lagi la. Dah tak macam zaman-zaman diploma dulu. Dulu ko terhegeh-hegeh, huha-huha sana sini, suka buat kelakar. Sekarang ko dah lain. Aku tengok ko selalu sorang2. dah pendiam sikit. Dah tak selalu buat muka. Kalau tak dulu kan ko selalu buat muka.

Laju gila mamat Isey ni cakap. Aku diam je. Aku nak dengar apa orang nampak pasal aku. Dan kemudian aku cakap.

Aku : mana ada, aku macam biasa je la. Apa yang lain nye.
Isey : tak, tak!! Ko dah lain dah. Semua orang cakap macam tu.

Hahaha. Rupanya ada orang concern pasal aku.

So, ini adalah pendedahannya. Aku rasa, aku biasa je. Tak ada yang berubah. Cuma aku rasa aku kurangkan pergaulan aku dengan kawan2 sekitar aku je. Kalau jumpe tu, tak delah nak lepak lama2. sebab aku ada banyak keje yg kena buat. Lagi satu aku dah tak duduk kolej. Makanya orang jarang jumpa aku. Disebabkan jrg jpe, maka personality aku yang minor itu akan terserlah.

Lagi satu, aku dah tak ada kawan kat Puncak. Maksud aku kawan yang rapat yang aku leh cakap, share pape je, discuss pape. Dulu aku ada Mali si budak hitam dan Pak tua. Tapi dia dah tak belajar. Dia keje. dan sekarang, itu yang membuatkan aku selalu buat keje sorang2. aku selesa dengan keadaan macam ni. Sebab, aku boleh pergi mana pun aku nak pergi. Tak payah la nak fikir, “eh, nanti dia tinggal sorang2 plak.”. untuk mengatasi masalah keseorangan aku untuk makan tengahari, aku akan datang je kat kedai makan dan cari sesiapa yang ada kat situ untuk temankan aku makan. Kadang2 bila aku sampai je, derang sume dah nak gerak balik dan membuatkan aku akhirnya makan sorang2 juga. Tak pe aku tak kisah. Masing2 ada hal masing2.

Lagi satu, aku dah malas nak duduk ramai2. sebenarnya aku benci dengan keadaan yang terlalu crowded. sebagai contoh, aku tak suka datang shopping kompleks pada hari sabtu, ahad dan cuti umum. Aku lebih suka datang pada hari biasa sahaja untuk mengelakkan keadaan yang terlalu sesak. Disebabkan itu aku benci dengan keadaan yang ramai. Aku sesak mata. aku tak suka.

Dan aku akui, aku suka wat keje sorang2. malas aku nak layan kerenah orang lain sebenarnya. Melainkan aku buat kerja dengan clan2 aku. Senang. Macam minggu lepas, aku kena wat kerja yang aku tak suka. Sebab tu aku malas nak buat. tambahan takde clan2 yang aku rasa boleh buat kerja tu jadi seronok. Melayan kerenah birokrasi yang itu, ini. Aku tau ada orang cakap belakang kat aku. Tapi pergi mampus lah kat derang. Janji aku datang kelas dan tak merosakkan masa depan derang. daripada derang tu, tak datang kelas. lepas tu, guna surat pengecualian kelas. apara. Lagi satu aku mmg tak minat dengan kerja tu. Leceh!!

Tapi semalam ada satu perkara yang kelakar berlaku. Ada budak junior (dip part1), rambut kaler oren datang masuk tandas. Masa tu aku tgh hisap rokok.

Junior : beb, ada rokok tak?
Aku : ada.
Junior : oh, pallmall eh. Bleh ah.

Aku hulur rokok
Junior : wei, nama ko siapa ek?
Aku bagitau nama aku.
Junior : siapa?
Aku ulang lagi sebab dia kurang dengar.
Aku : nama ko apa ek?
Junior : Nama aku Joe. Semua orang kat puncak kenal aku la wei.


Sepanjang perbualan ni, aku senyum je. Dia pulak bergerak seperti lelaki cool, up-to-date dan menjadi idaman wanita hot and kinky, kononnya.

Aku dalam hati dah rasa macam, “relax2 je dah la, wei. Ko tak payah nak yeye sangat”. tapi aku tak cakap pun, sebab aku nak jadi peramah. Aku mmg nak kenal dia. Tapi bila dia cakap macam tu, aku rasa, “ko perasan ko popular ke, budak rambut oren?”. Lepas nyala rokok, dia keluar dari tandas dan buat apa ntah. Aku keluar tandas sebab aku nak tersenyum secara sinis belakang dia. Mamat ni memang poyo beb. Aku akan pow dia punye rokok pulak setiap kali aku akan nampak dia. Aku geram, tapi bukan sampai nak pergi bilas ke, nak bertumbuk ke, tapi aku rasa benda alah tu kelakar sebab ko perasan ko best. Dah la pendek. Aku kurus takpe, aku boleh gemuk. Ko tu pendek, dah tak boleh tinggi.

Akan tetapi aku sentiasa akan berkawan dengan Joe tu. Mbe tu first impression aku terhadap dia. Mbe benda alah tu akan bertukar. Macam org2 lain yg kenal aku. Derg igt aku adalah jejaka yang menggelabah dan tak ada arah tuju dalam hidup.

Tengok, aku berkawan dengan sesiapa je kan. Orang je yang tak nak kawan ngn aku. kalau orang tanya aku, “kenapa ko sorang ni?”. Aku akan jawab, “aku kan alone and lonely”. Lepas tu derang cakap, “macam haram. Kahkahkah.”. kami duduk bersama dan aku pun makan tenghari.
:::sarat firasat tersirat:::

22.10.08

Entri Bontot Kematu

Sebenarnya aku dah tak larat nak menulis asimen aku yang dah bertimbun tu. Apsal masa awal2 sem dulu aku tak perasan pun yang benda alah tu makin lama makin banyak shilaka. Dah nak dekat abis sem, tiba2 aku cek, ”alamak, asimen banyak la pulak. Sejak bila dia jadi banyak ni”. Aku makin tensen. Bontot aku yang kurang isi pun semakin kematu duduk atas kerusi pusing-pusing kat lab ni. Kerusi ni walaupun boleh pusing-pusing dan turun naik, tapi dia tak de kusyen. Akibatnya, bontot aku terus-terusan kematu.

Bila la aku boleh siap asimen ni. Benda yang nak kena anta besok setel dah. Yg lusa punya lum setel lagi ni. Aku dah lapar dah ni.. sebelum makan kena cucuk duit lagi. Sebelum tu kena cari ATM plak. Waaa~~~.

Memang entri ni agak merepek sebab dia tak ada plot naratif macam biasa.
-


ni aku ngn adik aku. nama dia Fadzrul Fasha. sebab tu aku tak suka orang panggil aku fasha. itu nama adik aku. nama aku lain.


arg.. aku nak keluar dari dalam lab yang sejuk ni. dak2 ni tak reti sejuk agaknya. pasang aircond kuat2. banyak lemak agaknya. aku banyak vitamin.. argh...apa aku merepek ni.. keluar je la wei.. hisap rokok!

21.10.08

Pengaruh Muzik Aku

aku dikehendaki menulis jurnal untuk subjek Music In Society. ada tujuh tajuk dan kena pilih lima. aku letak satu tajuk kat sini untuk korang baca. bila aku baca balik, macam kelakar siot. asimen ni kena taip dalam english. sorry kalau english aku kurang baik. dan untuk pengetahuan korang, post ini adalah post pertama dalam blog aku yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama. baca, jangan tak baca.
yang ini jujur beb.
-
-------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Write your musical autobiography starting with your first musical memory to the present. Who or what were the shaping musical forces in your life? Performers? Teachers? Groups? Songs? Experiences? Did music play a central or peripheral role in your family and/or your groups of friends? Did the music you listened to or played change with the gender/race/class of the people involved? Did same gender groups of friends listen to different music or experience music differently than groups that were mixed in gender? What role does music play in your life now?

I think its funny when I remember the first cassette that I bought using my own money. Back at year 1997, when I attended secondary school, my brother and I collect the money that my mom gave to us to buy a new album of Backstreet’s Boys. At that time, Backstreet’s Boys are really famous. I guess it was phenomena like Mawi just did year back recently. So, we bought a cassette cost RM 18.70. We also got a poster of BSB as a free gift from the music shop. We glued it on the wall and started listen to the song everyday. Each single word we try to ‘hafal’.

My Chinese friends also listen to the same genre of music like N’Sync, 911, Boyzone and band-boy type of music. So, we did exchange the cassette everytime we bought the new album.

After two or three years, I found myself that band-boy music is really not cool anymore. I started listen to rock music. My cousin introduced me a band called Metallica. Then, I found that the music is really good and cool. But, I’m not really into it since I not listen it everyday. I only have a chance when my cousin brought it back to his home. So, I can listen using his CD player (CD player is new technology at that day).

Then I attended Matriculation College of Kuala Pilah. Since that, I started to listen much kind of modern rock music like Linkin Park, Limp Bizkit, Three Doors Down and many more. I also started playing guitar. My friend and I have a jamming session together a played song from Metallica, Scorpian and many more. Later, I found that, when they have a jamming session, they don’t like to play modern rock music because for them it is not challenging themselves. They like to play old school of rock. For them, the music is very challenging and hard to play.

After that, I started listen to Incubus. Incubus has a touch of jazz and it influenced me to jazz music too.
I also like to hear keroncong. I can hear it for free at radio Best 104.1 everyday from 10pm till late 2am. It sounds really good. I also played keroncong’s instrument named chak, but not really good. It should played by its pair called chok. It is like a small guitar like Ukulele. We jammed together and sing keroncong. It is hard to play keroncong, actually.
_________________________________________________________________
-
haha...
-

20.10.08

Harap Bukan Sekarang

semalam berbual dengan kenalan aku. dia tersepit antara pilihan keluarga atau pilihan dia. semua berkaitan dengan masa depan dia. kasihan aku pada dia. tapi apa la nilai kasihan aku dengan keadaan dia yang begitu.
-
kadang-kadang susah untuk fikirkan masalah orang lain. bukan maksudnya kita tidak simpati tetapi jika kita memikirkan masalah orang lain takkan sama dengan apa yang dirasai oleh orang itu. aku terkedu sekejap dengar dia cerita. tak tahu nak cakap apa. aku mungkin tidak boleh menyelesaikan masalah, tapi aku suka dengar masalah orang - mungkin untuk dia melegakan rasa dalam hati.
-
cuma penyelesaian masalah itu kadang-kadang kita jumpa di tempat yang kita tidak jangka. atau kadang-kadang masalah itu tidak selesai pun tetapi kita terlupa akan ia. mana satu harus kau pilih kalau begitu. mahu melupakan atau mahu menyelesaikan? kedua-duanya akan tetap berlalu dan mungkin akan kembali lagi.
-
kenalan aku juga tiada penyelesaian untuk itu. kami berbual tentang benda lain kerana aku tidak mahu mood kami dicemari dengan permasalahan itu. lagipun, tentu kenalan aku mahu bercerita dengan aku dan melupakan seketika masalah itu sahaja. sebab itulah dia bercerita dengan aku.
apa yang aku harap, kenalan aku akan dapat terima apapun penyelesaiannya. mungkin ada rahmat yang kita tak nampak. masalah itu perkara biasa.
-
orang yang tidak ada masalah adalah orang yang bermasalah.
-
:::sarat firasat tersirat:::
-

19.10.08

Jiwa Kacau



Palat!!!

Jam sekarang menunjukkan 4.30ptg 19 Oktober 2008


13.10.08

Review 12 : Kami The Movie

setiap kali aku hadir dan review (apa perkataan melayu untuk review), biasanya aku akan tulis Peristiwa. aku rasa, aku perlu meletakkan label la supaya senang untuk orang lain baca review-review aku.

aku datang menonton bersama Azhar, Meera dan Naz. Menonton di One Utama. aku selalu menonton siri Kami di 8TV. kerana bagi aku, ceritanya dekat dengan jiwa aku. itu yang membuatkan aku teringin sangat-sangat untuk hadir menonton filem ini di pawagam. untuk Kami The Movie ini, aku sangat berpuashati dengan filem ini. filem ini mudah untuk difahami. ceritanya terus terang (straight to the point). cuma, aku risau jika ada orang yang tidak pernah menonton siri Kami, adakah mereka memahami dan mengenali watak-watak di dalam cerita ini dengan mendalam.

watak-watak yang diwujudkam di dalam filem ini juga matang. masing-masing ada permasalahan sendiri sebagai seorang remaja di tengah ibu kota. masalah ibu bapa yang bercerai, dadah, kesalahan juvana, hubungan dengan keluarga, cinta sikit-sikit dan banyak lagi. tapi pada aku, permasalahan utama dalam cerita ini adalah persahabatan. penulis dan pengarah mengangkat permasalahan ini untuk dikongsikan dengan penonton yang rata-rata adalah remaja. masalah-masalah yang tercipta di setiap watak pada aku sekadar menolak plot untuk mencapai satu masalah dalam persahabatan mereka. pembinaan watak-watak ini dengan permasalahan ini sekaligus membentuk plot cerita yang berlainan sekali. jarang dapat melihat filem melayu yang memaparkan krisis-krisis yang menolak kepada klimaks cerita.

A. Wahab Hamzah dalam reviewnya di dalam Utusan Melayu mengatakan ianya sebagai buddy movie. aku tidak tahu istilah sebenar buddy movie tetapi aku rasa, buddy movie mengangkat tema persahabatan. itu yang paling penting. makanya, tidak salah aku datang menonton bersama-sama rakan aku (mereka juga buddy aku).

berbanding menonton Sepi beberapa bulan yang lepas, aku terganggu dengan lagu-lagu yang mereka gunakan. aku tidak tahu mengapa, mungkin kerana jalan cerita longgar maka aku mengalih perhatian kepada lagu. tetapi ketika menonton Kami The Movie, aku tak kisah pun pasal lagu apa yang mereka gunakan. sebabb cerita itu sendiri lebih menarik daripada unsur kekaguman yang lain. biarlah lagu-lagu yang mereka gunakan tidak begitu terkenal pun, tetapi pada aku, bagus.

lakonan, rata-rata bertambah baik. mungkin sebab dialog-dialog yang mereka gunakan begitu up-to-date dengan jiwa remaja kini. maka senang untuk diluahkan. lakonan Nas-T dan Zahiril Adzim sangat aku kagumi. tampak bersahaja. ekspresi muka Liyana Jasmay sangat aku suka terutama bila dia cuak dan terkujat. Ezani pada aku ok dan dia berjaya memberikan ekspresi muka sebagai remaja yang dibelenggu dengan permasalahan keluarga dan sejarah penggunaan dadah. hal ini dibantu dengan gesturnya yang nampak gagah tetapi tenggelam dalam bebanan dan tekanan perasaan keluarga serta masalah lampau. yang lagi dua watak itu, biasa sahaja. tak adalah teruk tapi ok.

aku nak sangat dengar dialog, "hidup ini memang palat. tapi esok masih ada" seperti terdapat di pre-poster filem ini, tapi tak ada. sudah dipotong. hampa!

kepada sesiapa yang belum datang menonton, aku cadangkan datang menonton. rasai pengalaman menonton filem ini di pawagam berhampiran anda untuk memberi sokongan terhadap industri filem negara.

:::sarat firasat tersirat:::


12.10.08

Logik Matematik Dalam Industri

hari Khamis yang lepas (9 Oktober) aku menonton satu persembahan teater di Sunway University College. teater ini bertajuk Atomic Jaya. dilakonkan oleh pelajar tahun akhir sebagai projek penilaian mereka dari Performance and Media Department. Teks ini ditulis oleh Huzir Sulaiman. teks ini pernah dipentaskan dahulu oleh pelakon profesional yang lain sebagai satu karya monolog. berbeza kali ini, ianya dijayakan oleh ramai pelakon. aku pergi bersama Azmir dan En Norman. En Norman yang ajak aku. dia pensyarah Skrin. dia ajak kami dan mahu belanja kami. aku pun pergi sebab dah lama tak menonton persembahan teater.

aku tidak mahu menulis komentar aku tentang penontonan teater ini. ada cerita yang menarik untuk aku kongsi dengan kawan-kawan yang kita suka. lepas menonton teater ini, kami duduk bersembang dengan En Norman. aku memang tunggu saat di mana aku boleh berbual dengan dia secara santai dan menghisap rokok. banyak perkara yang kami bincangkan dari teater, filem masalah pelajar dan banyak lagi. ada satu permasalahan yang menjadi topik untuk aku kongsi di sini. mengapa kurang orang datang menonton dan menghargai filem di Malaysia.

pada aku, hal ini bukan terjadi dalam industri perfileman sahaja. hal ini terjadi kepada semua jenis industri seni. teater, nyanyian, lukisan, tarian dan banyak lagi. untuk mengupas hal ini aku akan mengambil satu perkara sebagai contoh iaitu jualan album. jualan album di Malaysia setakat ini yang tertinggi adalah album Puji-Pujian oleh Raihan yang mencatat jualan sebanyak 600 ribu salinan. berbanding jumlah rakyat Malaysia pada ketika itu sebanyak 21 juta orang (kalau tidak silap). cuba kira peratusan rakyat Malaysia yang membeli album Puji-Pujian pada ketika itu

600 ribu
------------ X 100% = peratusan rakyat Malaysia yang membeli album Puji-Pujian
21 juta

= 2.85714%

menyedihkan. peratusan itu adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia secara purata. bagaimana jika kecilkan skop kajian. katakan Album ini mempunyai sasaran pembeli iaitu masyarakat beragama Islam sahaja (yang rata-rata adalah Melayu). maka, daripada 21 juta rakyat malaysia, hanya 55% sahaja yang dikatakan sasaran pembelinya. maka,

55% X 21 juta =11.55 juta

daripada 11.55 juta ini, kita cari peratusan pembeli

600 ribu
-------------- X 100%
11.55 juta

=5.19481 peratus sahaja.

dapat disimpulkan di sini, bahawa pembeli album Puji-pujian di Malaysia pada tahun 1997 hanyalah kira-kira 5% sahaja. bayangkan kalau kita buat lukisan dan dilorekkan sebahagian daripadanya sebanyak 5%, sedikit sahaja kan?

Masyarakat di Malaysia masih tidak menghargai industri seni dan hiburan lagi. mereka akan meletakkan hiburan sebagai perkara yang paling bawah sekali. tambahan pula, kuasa membeli mereka agak rendah.

hal ini, boleh disamakan dengan industri seni yang lain. makanya, sesiapa yang terlibat dalam industri seni, jangan mengharapkan kerajaan Malaysia memandang serius hal ini seperti hal-hal angkasa, perubatan, IT dan sebagainya. kerajaan memang akan berkata secara serius (ye-ye-o) tentang industri seni tetapi ianya tetap begini jika rakyat tidak menganggap seni sebagai satu daripada budaya mereka. mereka hanya akan menghargai sekiranya ianya adalah percuma. kalau tidak percaya, buatlah satu pementasan teater secara percuma, makanya ramai yang akan hadir. ini juga terkesan daripada sikap rakyat Malaysia yang suka akan barangan percuma dan makanan percuma. seperti hadir di konsert Jom Heboh (sah-sah tak payah beli tiket nak tengok artis) dan ke Rumah Terbuka Malaysia (sah-sah dapat makan percuma). semuanya mahu ditaja.

pernah terbaca dahulu dalam satu buku sejarah seni persembahan satu ketika dulu di mana sistem kutipan tiket (box office) telah dimulakan pada era Elizabethan (Shakespeare) kira-kira tahun 1660. pada masa ini, penonton yang hadir untuk menyaksikan teater dikehendaki membayar sejumlah wang. budaya ini telah diajar kepada orang barat sejak era ini, dan tidak hairanlah jika mereka (orang barat) telah terbiasa membayar untuk hiburan. rekod di Malaysia pula, menyaksikan bahawa kewujudan penonton berbayar adalah sekitar 1940-an di mana teater bangsawan dijadikan sebagai satu sumber pendapatan. kita terlewat jauh sebenarnya.

budaya membayar untuk hiburan masih berada di takuk yang lama. pengamatan aku terhadap perkara ini masih lagi tidak terang dan tidak serius. sekadar pengamatan yang saja gatal-gatal. jika ada sesiapa yang ingin berkongsi tentang perkara ini, bolehlah berkongsi dengan aku. betulkan juga jika aku tersilap. perbualan kami (aku, Azmir dan En Norman) seperti tiada jalan akhirnya. terkadang ianya seperti tidak ada penyelesaian.

aku bangga berada di dalam kumpulan kecil yang tengah bersusah payah mendaki. mungkin juga usaha aku yang sekelumit tahi hidung ini akan dapat menyumbang kepada industri. bunyi seperti berpoyo-poyo kan. tapi aku rasa, inilah yang dilakukan oleh mereka yang akhirnya mendapat gelaran Datuk.

bila la agaknya aku dapat gelaran Datuk.

:::sarat firasat tersirat:::


11.10.08

Datuk Shah Rukh Khan : Anugerah dari orang Melaka

sudah lama aku tidak membeli surat khabar. tapi hari ini, aku beli juga akhirnya. aku jarang beli surat khabar sebab, pertama, selalu tak ada duit. kedua, kadang-kadang aku baca surat khabar yang orang lain beli. ketiga sebab ceritanya tidak ada yang kelakar. maka, hari ini aku beli surat khabar sebab aku ada duit, kawan-kawan tak ada yang beli surat khabar dan ada cerita kelakar.

Shah Rukh Khan dapat gelaran Datuk. memang satu berita yang kelakar. setelah membaca berita tersebut, aku dimaklumkan, sumbangan dia terhadap industri filem Hindustan di Malaysia (sekali lagi, di Malaysia bukan India) yang membawa kepada pembaharuan dan fenomena. kepala otak anda. aku cukup tidak memahami akan hal ini sejak dulu lagi. seorang warga asing, yang tak reti apa-apa pasal industri sinema di Malaysia, berlakon di Bollywood dan tak membawa apa-apa kepada kemajuan dalam kontek sosial masyarakat Malaysia dapat gelaran Datuk. pada aku, dia tidak layak diberikan gelaran Datuk. dia cuma berlakon dan memberikan sumbangan kepada industri perfileman di Bollywood secara langsung dan kepada Malaysia secara tidak langsung. tidak ada kena mengena dengan industri perfileman di Malaysia. dia berlakon di sana dan secara kebetulan popular di Malaysia. Masyarakat cuma menyanjung dia sebagai aktor. apa sumbangan terbesar dia di Malaysia? popular? itu sahaja yang melayakkan dia mendapat gelaran Datuk. sekali lagi, kepala otak anda!

kalau begitu, berikan sahaja gelaran Datuk kepada Brad Bitt, Britney Spears, Pussy Cat Dolls, Curt Kobain dan sebagainya kerana mereka semua telah menjadi popular di Malaysia. aku nak tau sangat, apakah kriteria yang diperlukan untuk mendapat pangkat Datuk dengan semudah itu? dulu aku tak bersetuju bila Chong Wei dapat Dato', tapi kali ini, aku semakin tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju.

mereka ini bodoh atau apa? siapa mereka ini? siapa la agaknya orang di sebalik berlakunya perkara sedemikian rupa? bukan aku cemburu dengan pencapaian mereka (yang dapat gelaran Datuk dengan mudah), tetapi aku rasa pelik dengan senario yang berlaku. mudah sangat. adakah perkara ini adalah sesuatu yang absurd untuk diperbincangkan? seperti tiada jalan keluar untuk itu. sesiapa pun seperti tidak mahu menjawab.

lagi aku bertanya, lagi aku pusing. makanya, kita bersama-sama akan menunggu, siapakah yang akan mendapat gelaran Datuk seterusnya.

:::sarat firasat tersirat:::


8.10.08

Post dalam 3 Act

Act I
Di sebelah kanan skrin anda terdapat ruang promosi tanpa kompromi. aku selalu letak apa-apa yang aku rasa aku nak promo di situ. Pertamanya, sebab aku mungkin akan beli atau pergi (biasanya pementasan teater). Keduanya, aku nak berkongsi rasa apabila korang mencapai satu rasa estetika apabila melayani kehendak emosi dan makanan jiwa anda.

terbaru, aku promo buku Elarti 2: Penulisan Suara Baru Kontemporari. Di dalamnya terdapat satu hasil tulisan rakan aku, Azharul Azmir Kamarulzaman. Rakan aku di fakulti. berbeza jabatan tapi ada yang kelas kami sama terutama apabila untuk subjek wajib fakulti dan wajib universiti. dia antara kawan aku yang giat ke sana ke mari melakukan tuntutan sebagai orang yang berminat di dalam industri kreatif (ada orang sebut industri hiburan). rajin menulis orangnya. kalau dipandang, tidak mempersona seperti Pesona Picture tapi agak brilliant umpama Grand Brilliant. tulisannya di dalam blog telah dibukukan di dalam buku ini dan dijadikan blook (blog + book). aku agak rasa terharu bercampur cemas dan takjub melihat pencapaian dia. aku kira, orang yang dikenal melalui penulisan adalah orang yang terbaik. maksud aku terbaik sebab dia dapat berkongsi rasa, filosofi dan pendapat tentang apa yang dia telah lalui dan alami.

Pernah terbaca satu ketika dulu - di buku mana aku tak ingat, "Seseorang itu menjadi penulis apabila dia berani menyatakan sikap." kalau tak silap aku, ini adalah kata-kata Usman Awang. makanya, setiap apa yang ditulis itu adalah tercebisnya satu sikap yang akan menterjemah diri seseorang itu. pada aku, menulis membuatkan kita menelanjangkan diri kita tanpa menunjukkan kemaluan. telanjang bukan tunjuk kemaluan tapi tunjuk keperibadian. dan aku memilih alternatif menulis bagi untuk menunjukkan keperibadian aku.

jika mungkin, dikumpulkan kesemua penulisan aku di dalam blog ini mungkin sudah cukup membuatkan aku separa bogel. ada beberapa bahagian yang aku tidak dapat tunjukkan. sebagai contoh bahagian belikat, pelipat betis dan celah jari. mungkin yang terdedah di dalam penulisan aku (jika diibaratkan sebagai tubuh badan) adalah bahagian dada, perut, tangan, mata, telinga, dan banyak lagi.

Act II
Tadi, sempat berbual dengan rakan-rakan aku yang aku kenal melalui kehadiran aku di aktiviti seni setempat seperti MASKARA dan Screen and Talk di sekitar Lembah Klang. Fazleena, Razaisyam dan Azrai. berborak dan berpetir-otak (brainstorming) tentang satu hasil tulisan aku. cubaan pertama aku untuk satu short. pelbagai idea, rangsangan dan provokasi terhadap hasil penulisan aku yang sememeh ibarat tahi hidung terjuntai di hujung hidung tatkala hampir memasuki pinggir bibir kiri. aku bukan pandai sangat pun. saja gatal-gatal. kan aku cakap nak lenjan. daripada sesi berpetir-otak tersebut, aku dapat lagi idea-idea yang aku boleh gilap sedikit. kalau setakat aku nak buat seorang diri aku yakin, aku bukan menghasilkan short film tetapi syok sendiri.

cuma kadang-kadang, sukar untuk aku dapat berbual dengan orang-orang yang gemar berkata-kata tentang hal ini (hal seni peringkat amatur). takkan aku nak masuk bilik pensyarah selalu. kalau jarang-jarang dan kadang-kadang tu tak apa la. kalau selalu nanti orang kata, "eh, Vitamin selalu masuk bilik En Karbohidrat la. dia bodek En Karbohidrat la tu". dan aku akan cakap kepada mereka "kepala otak engkau!". kalau aku berbual dengan rakan-rakan yang mampu buat otak aku berpusing seperti bermain sudoku tak apa juga. ini perbualan yang remeh temeh. kalau kadang-kadang tidak mengapa, ini sudah selalu. membuatkan hati aku tak menentu. jadi haru biru. tiada hala tuju. supun de tabemasu.

Act III

ini ada satu perbualan yang aku nak kongsi dengan kawan-kawan yang kita suka. watak A (pensyarah) dan B (pelajar institut pengajian tinggi yang sengal alam). kadang-kadang kelakar bila mendengar alasan-alasan yang diberikan oleh watak B. nal kata bodoh, dah masuk universiti. nak kata bijak, tak ada bukti. hrm.....

Kes 1
A : Kenapa lambat datang kelas?
B : Sori sebab saya lambat.

dah la tak menjawab soalan. bodoh pulak tu.

Kes 2
A : Kenapa lambat?
B : Sebab saya bangun lambat.
A : Kenapa bangun lambat?
B : Sebab saya tidur lewat.

hal ini seperti menyanyikan lagu Bangau Oh Bangau atau Enjit-Enjit Semut. manusia bijak, jangan lakukan ini.

Kes 3
A : Kenapa lambat?
B : Sebab saya bangun lambat
A : kenapa bangun lambat?
B : Sebab malam semalam saya tak tidur. saya nak tidur, lepas tu kena turun sebab ada latihan kebakaran. latihan tu lama. (cerita ini boleh disambung sehingga ke zaman Oedipus menjadi raja di Thebes.) Maka arakian, hamba melihat Jocasta berlari-lari keluar dengan cucuk sanggul yang atas rambutnya yang menggunakan syampu Pantene. oleh sebab terpesona, maka langkah kaki yang mengatur gerak ini lewat tibanya ke kelas.
A : Sekian sahaja kelas Sejarah Seni Persembahan yang disampaikan oleh B.

suka hati korang dan suka hati aku la.

Tolong hargai masa anda. pengurusan masa yang bijak memungkinkan pengurusan diri yang sempurna. aku bukan selalu hadir tepat pada masanya tetapi sekurang-kurangnya aku sentiasa mahu berubah. bukan perubahan negatif tetapi yang positif. Insya-Allah.

:::sarat firasat tersirat:::


7.10.08

Salam Kembali

aku baru pulang dari Johor menyambut lebaran yang dah seminggu berlalu. makanya, selama seminggu juga blog aku tak dijengah oleh aku sendiri. maka, korang tak akan dapat baca post dalam mood raya (kalau aku tulis pada raya pertama, kedua atau seterusnya).
-
raya macam biasa tahun ini. raya tahun ni dah dua kali kami sekeluarga tak beraya dengan Cal (adik aku nombor dua). dia beraya rumah mentua dia. katanya nak balik tapi dia cakap kereta tak kuar lagi. lagipun cuti dia tak banyak. tak pe la. tahun lepas tak balik sebab terpaksa bekerja pada hari raya. dan raya tahun ini juga seperti biasa kami bermaaf-maafan melalui telefon. mak aku menangis dan tak boleh nak bercakap dengan Cal. memang jadi tradisi aku dan keluarga belah mak aku untuk mengucapkan kata maaf dengan linangan air mata. tapi sejak aku meningkat dewasa, aku semakin kental sedikit. dah susah nak keluar air mata. bukan tak nak nangis tapi aku rasa hari-hari adalah hari yang perlu aku minta maaf. bukan sekadar hari raya. bukan hari raya sahaja untuk aku mengingati salah silap aku terhadap keluarga. maka, aku dah tak menangis teruk-teruk lagi masa hari raya. cuma terkadang sebak bila mak aku keluarkan air mata. itu sudah mesti.
-
maka, raya tahun ni hanya ada Ayah, Ama, aku, Uda, Adik dan Ayang. itu aje. pulang ke Muar pun Adik tak ikut sebab raya kedua dah kena kerja. Raya kat Muar pulak macam biasa je. dah besar kot, itu yang rasa semua macam biasa je. kelaziman beraya di Muar adalah melawat saudara mara yang masih ada di Muar. Tok Long, Tok Mis, Mbah Bor dan banyak. semua nama-nama Jawa yang aku dah tak ingat sangat.
-
lepas raya Muar, balik semula ke Kota Tinggi. Hari Ahad cari tiket ke Shah Alam dan Hari Isnin pulang ke Shah Alam. bas lembab sebab Ops Sikap. sampai lambat, badan letih, lapar. makan nasi. tidur. bangun. mandi. sarapan. start motor. pergi kelas. singgah lab. kemaskini blog. jap lagi ada meeting. bosan. pergi kelas. huh!
-
Gua nak lenjan. siapa nak tolong?
-
:::sarat firasat tersirat:::
-