Hakcipta terpelihara. Dilarang terbit semula tanpa kebenaran penulis.

2.11.08

Review 14 : MASKARA Shorties

hari ini aku berjaya menghadirkan diri ke MASKARA anjuran Sindiket Sol-Jah. kiranya, aku semakin konsisten menghadirkan diri ke program derang ni. kenapa? aku pun tak tau. mungkin derang ni lain sikit. lain maksud aku, pendekatan derang terhadap seni persembahan. nanti dalam perenggan lain aku terangkan dengan lebih mendalam mengikut perkiraan aku sahaja (tidak ada rujukan ilmiah dan kajian profesional).

malam ini konsepnya berubah dan berlainan sekali dengan malam yang sudah-sudah. malam ini hanya tayangan filem-filem pendek dari kalangan amatur dan juga profesional. dalam poster tulis ada 20 short tapi ada tayangan The Lost Communication yang tidak terdapat dalam poster dan tiga lagi short yang didatangi secara tiba-tiba. Aku pun tak tau kenapa boleh ada perkara tiba-tiba walhal program ini sudah dirancang sedari sebelum Ramadhan lagi. tapi tak apalah, bukan selalu Sindiket Sol-Jah tayangkan short.

daripada 21 filem pendek yang ditayangkan (secara rasmi), aku sangat suka dengan filem pendek yang dibuat Bin Filem bertajuk Cekik. nampak macam surrealism sikit. aku bukan faham pun dengan filem dia tapi imej-imej tu yang nampak ada aliran sikit la dari filem-filem yang lain. nampak macam seram-seram dan imej-imej pelik dengan tangan yang merayap. ceritanya pun tak perlu plot penceritaan yang sempurna. cukup sekadar seolah-olah kita bermimpi dan tiba-tiba terjaga dari tidur sebaik sahaja wanita cantik dalam mimpi mahu membuka pakaian satu persatu, contoh.

dalam banyak-banyak filem pendek itu juga, aku tertarik dengan isu yang dibawa dalam filem GRIP PHONE yang dibuat oleh Tok Rimau. pasal telefon yang digunakan untuk membalas semula serangan terhadap pengeboman di Bali. nampak la isu tu isu yang serius. tetapi aku akui, ianya tidak ditangani dengan sangat serius, makanya ia tergantung dan mempunyai ruang yang boleh diperbaiki lagi.

Mamat Khalid juga ada menayangkan filem pendeknya yang bertajuk Melayu 106. aku rasa pendekatannya adalah dokumentari. sebab ada temubual dengan tiga orang melayu dan menanyakan soalan-soalan yang merungkai permasalahan dalam diri individu tentang kemelayuan mereka sendiri. dokumentari ini diedit dengan menarik kerana ianya bergerak semakin laju seiring dengan pertambahan masa. pada awalan temubual, ianya bergerak dengan perlahan dan kemudiannya bergerak dengan laju. mungkin juga terkesan dengan soalan-soalan temubual yang semakin lama semakin provokatif sifatnya.

aku juga menyukai filem pendek genre gedik santai seperti My Alien Girlfriend dan Hantu Silap Mata. hiburannya sekadarnya sahaja. tak ada la macam bersungguh-sungguh nak buat filem pendek dan tidak juga berakal pendek. ianya menghiburkan. itu sahaja. yang lain-lain, aku tak boleh nak komen sebab secara puratanya, ianya sama sahaja. masih biasa dan longgar baik dari sudut hiburan mahupun dari sudut seni itu sendiri.

aku kira, aktiviti seperti ini semakin menjadi satu budaya dalam seni. kalau boleh dikirakan, ianya bolehlah dijadikan sebagai satu sub-budaya. Sindiket Sol-Jah mempertaruhkan aktiviti seni yang santai dan bukan seni yang total. bukan seni untuk seni atau seni untuk masyarakat tetapi seni untuk diri sendiri. selagi mereka menganggap itu sebagai seni, maka ianya adalah seni walaupun ianya hanyalah sekeping tapak sulaiman. ada sesetengah orang menganggap bahawa seni itu perlu tinggi nilainya. sebagai contoh, puisi-puisinya perlu mempunyai bahasa yang sedap-sedap, kiasan, falsafah dan sebagainya. akan tetapi, setelah aku hadir ke beberapa siri MASKARA sebelum ini, mereka peduli apa dengan puisi yang best-best, janji sedap dan menarik, maka mereka membacanya. sebagai contoh puisi dari Azam Supardi yang mempunyai tajuk yang sangat panjang tetapi puisinya sangat pendek. selain itu juga persembahan-persembahan santai seperti bacaan cerpen diiringi dengan lakonan secara mime. persembahan mereka sangat santai sehinggakan boleh dilakukan secara ad-hoc.

Persembahan mereka ini bercorak santai. nilai seninya itu datang kemudian. aku kira Pablo Picasso dulu pun macam tu juga. pernah ke dia terfikir untuk cipta satu aliran baru, cubisme contohnya. dia hanya melukis apa yang dia rasa dia perlu sampaikan. apresiasi itu datang kemudian setelah pengkaji dan pengapresiasi ini melihat ianya sebagai satu aliran baru. sama juga dengan geng sindiket ini. mereka hanya melakukan sahaja, tetapi nilai itu akan datang kemudian apabila ianya sudah establish di mata pengkaji dan orang yang melakukan kerja apresiasi. jika budaya ini diteruskan oleh orang lain dan kumpulan lain, sub-budaya ini akan bertukar menjadi satu budaya yang sihat dan secara automatik anjakan seni kita akan berubah.

lagi satu, derang sebenarnya poyo. suka buat benda pelik-pelik. derang kelakar dan tidak pendiam seperti tapak sulaiman.

p/s : Sindiket Sol-Jah sudah meng'link'kan aku punya blog dalam dia punya blog. wakaka. popular siot aku skang. derang tak nak panggil aku baca naskhah ke?

13 Komen:

semut kecil said...

aku terpanggil utk menjawab sebab aku rasa ada tulisan ni yg ditujukan pada aku...

aku bukan anggap seni itu perlu sulit, sukar dan di tahap tinggi gila babeng... Mudah itu bagus, tetapi harus punya gagasan yg dibawa... tu sebab pentingnya idealis, sebab filem akan pengaruhi masyarakat...

aku tak salahkan mereka buat produk sebegitu... malah aku bangga kerana sekurangnya mereka ada usaha untuk buat drpd hanya bercakap mcm aku...

tp, bagi aku, kalau produknya bersifat utk diri sndiri, sebaiknya tidak ditayang secara meriah begitu.. kalau ada tayangan pun secara kecil-kecilan.. utk kawan2 mungkin.. atau kat you tube mungkin...

bila diorg dah buat promosi hebat seluruh Malaya mcm tu, dan acara rasmi mcm tu (walaupun santai) org yg datang yang tak tau latar bidang ini terutama pelajar lepasan pmr atau spm yg bercita2 nak jd filmaker akan anggap itulah karya yang gempak gila babi... dan ia akan jadi ikutan... lalu penuhlah industri ini dengan pengarah filem yg hanya pekerja, bukan pemikir...

kalau sekadar pekerja, aku rasa baik dia jadi krew saja, jd jadi designer... kena tau beza antara lighting crew & lighting designer, contoh...

kita perlu jelas dgn tujuan dan objektif kita... aku pun ada buat video mcm tu, tapi sekadar suka2 dgn member2... tapi bila dah nak dibawa kepada masyarakat, aku rasa aku ada tanggungjawab kita kepada mereka untuk membudayakan sesuatu yg sihat...

kita kena divide antara yg suka2 utk diri sendiri dgn yg nak dibawa kepada masyarakat... sebab filem ni impaknya besar dan kuat... tu sebab kalau dalam film & social studies berkaitan film culture & society ada teori propaganda dan teori penyuburan... setiap yg kita paparkan akan membentuk mentaliti dan cara mereka berfikir...

itu sahaja pandangan aku... kalau naktau lg panjang, kita jumpa kat pak halim la....

Vitamin said...

terima kasih. aku tak tuju katt sape2 pun. tapi ini pengamatan aku. ko jgn sentap plak wei.. wakaka. nway, ni komen ko yg plg pjg setakat ni..

Op said...

terima kasih kerana hadir ke maskara shorties vitamin :)
harap dapat jumpa di maskara akan datang.

bin filem said...
This comment has been removed by the author.
fazleena said...

saya agree sangattt dgn semut kecil. film maker punya pengaruh besar utk menyumbang sesuatu pd masyarakat. tanggungjawab itu besar. its not about try too hard, its about ur responsibility towards society, towards Allah. Kita dah ada lambakan filem yg rubbish di cinema lebar, kenapa pilih utk hasilkan yg rubbish juga.

*saya juga sedang belajar. utk contribute sumthing pada society saya. harus evolve dari satu film ke film yg lain, jika mahu terus membikin filem. kalau tak rugi masa, rugi tenaga, rugi semuanya. sampai bila mahu have fun? :)

p/s : short kamu bagaimana? mahu tahu progresnya...gud luck yang!

bin filem said...

http://binfilem.blogspot.com/2008/08/ah-long.html

pipiyapong said...

satu filem pun gua tak sempat tengok..!!

semut kecil said...

aku tak sentap la... cuma menjelaskan....

lgpun, aku suka bila kita tak sependapat... byk yg kita boleh debatkan.. yg akan bawak kita berfikir sesuatu yg tak pernah kita fikirkan...

aku tak kisah kita begaduh dlm diskusi.. tp gaduh dalam diskusi je la.. bila abis, kita boleh peluk cium mcm biasa la... mcm yg biasa kita buat tu... hahaha...=p

Vitamin said...

op,
saya akan cuba sentiasa hadir. tapi saya ni pemalu..tegur je la.. saya rasa, saya yg plg kurus klu datang MASKARA.. wakaka

Fazleena,
itu pun saya setuju juga. proposal short saya telah dihantar.. minggu ni akan dapat tahu keputusan. mbe kluar shoot hujung nov atau awl dec.

bin filem,
terima kasih coz singgah..

pipiyapong,
hahaha, yang lu jaga pop corn tu apsal..

semut kecil,
wakaka.. aku teringat masa bahu aku terasa suamnya air matamu..hahaha

alifstyle said...

Aku punya dia bilang hiburan ringan? Wey! Aku heavyweight maaaa!

:p

bennylitanasuty said...

aku terpanggil utk pabila baca atas reviu oleh vitamin yg menarik. saya suka bhgian ini “dia (pablo picasso) hanya melukis apa yang dia rasa dia perlu sampaikan. apresiasi itu datang kemudian setelah pengkaji dan pengapresiasi ini melihat ianya sebagai satu aliran baru.”

filem adalah filem. membikin filem adalah lain. menilai filem juga itu lain. mengajar filem juga itu lain. menonton sekali filem dan terus menghukum tidak adil bunyinya.

bagi aku, setiap filem atau karya seni ada pemikirannya, semua ada agenda tersendiri. ada latar penontonnya. ada teknologinya. ada geografinya dan ada sejarahnya. sayangnya kita tidak dapat membincangkan dengan lebih lanjut soal ini pada malam itu.

tapi membikin filem = bercerita dengan gambar dan bunyi. dan bukannya mengajar. kalau mahu mengajar; jadilah cikgu!

filem pendek=filem idea. itu semuanya mengenai idea.

pilihan wujud kerna ada pemikiran yang sama, dan ‘vice-versa’. itu saja. ada yang suka picasso, tapi bukan semua kan?

mahu tahu apa rasa saya pula tentang filem pendek di maskara?

TONTON ia di
http://bennylitansuty.wordpress.com

Vitamin said...

alifstyle,
itu apa aku nmpak.. mata aku ngn mata ko mana sama. lagipun aku featherweight.. jauh beza ngn ko..

bennylita,
tq.. sebab refleks.. selamat datang..

fadz said...

tulisan bagus..!