aku dah menghampiri ke penghujung sem.. dah nak praktikal dah pun..aku start praktikal 14 mei ni..kat KeKkWa KL..bleh la..aku nak try ejas orang kat situ leh tak klu aku wat show atas perbelanjaan derang..klu bleh cun ah..
maka aku akan menghadapai semester terakhir aku pada Julai 2007..rasa macam kejap je aku study kat sini..syok!! aku leh kata study kat sini lagi syok dari tempat lain yang aku pernah study..suasana tu yang best..semua leh get together..bukan ada berpuak-puak..takde politik kampus yang entah ape-ape ntah..so, aku akan menghadapai diploma showcase sem depan..haaaaa...aku dengar skrip aku tu proceed untuk showcase.yahoooo!!! kalau jadi, maka AKU ADALAH STUDENT PERTAMA YANG MENGHASILKAN SKRIP UNTUK SHOWCASE.. bangga dowh..
pastu, minggu lepas aku sepatutnya menghadiri seminar Perkembangan Teater Di Malaysia di putrajaya..tapi disebabkan seminar tu batal atas sebab-sebab tertentu, maka aku pergi sahaja la..makan angin dengan En Shahrul..rupanya banyak hikmah berlaku. aku gi sarapan dengan En Shahrul, En Hafiz dan En Mazlan di Alamanda..lepas tu teman En Shahrul shopping kat Alamanda, gi sembahyang Jumaat kat masjid Putrajaya, lunch kat tepi tasik dengan dia. dalam perjalanan aku ke putrajaya banyak yang aku sembang dengan En Shahrul..tentang aku, tentang dia..aku dan dia bukan 'sesuatu' tapi kami berbincang tentang skrip, pengalaman study, cara berfikir, idea tentang skrip, pengalaman masa lalu dan banyak lagi..aku pun dah terlupa apa benda yang kami bincang. tapi tiada yang terlalu personal yang kami bincangkan..sampai pada satu ketika masa kitorang lunch kat tepi tasik kat masjid putrajaya tu, dia tanya aku;
en shahrul : awak berminat jadi lecturer tak?
aku : minat sangat.
En shahrul : saya ingat nak rekemen awak jadi lecturer.
aku cam tergamam..dia cakap soh aku study dan amek degree pastu sambung master..amek skim TPM (tenaga pengajar muda)..so, masa aku blaja nanti UiTM yang akan support aku..kiranya macam biasiswa la. tapi tak yah bayar balik tapi kene mengajar kat UiTM.. pada aku tak kisah.janji aku dapat jadi lecturer.. dia cakap, lecturer akan memerhatikan dalam setiap batch, ada atau tidak student yang layak untuk dicadangkan untuk interview TPM ni..so, dia cakap dia sanggup untuk mencadangkan aku..
pastu aku cakap ngan dia, aku nak aku dikenali sebagai seorang penulis skrip, pengarah teater komedi era baru. aku nak menggantikan Malina Manja, Kala Dewata dan penulis skrip komedi yang lain. sebab selepas derang tidak aktif dan meninggal dunia, tiada pengganti penulis skrip komedi lepas era derang (derang terkenal dalam era 70-an dan 80-an)..so, isu dalam teater komedi yang dipentaskan tidak fresh dan sesuai dengan era sekarang. skrip era dulu juga aku rasa tidak mempunyai teknik yang kuat dari segi penceritaan dan plotnya. aku rasa watak atau karektor yang membuatkan ianya komedi. bukan plot dan teknik penceritaan.
aku sangat bangga bila ada lecturer yang 'memandang' aku..jadi pada aku, aku dah tunjukkan lebolehan aku dan cara berfikir aku..dia cakap seorang lecturer seharusnya berfikiran dinamik. dan aku rasa aku macam tu..aku bukan jenis orang yang makan gaji duduk di ofis dan buat kerja yang sama tetiap hari.
so, aku rasa aku akan capai ke arah itu..insya-Allah kalu Tuhan izinkan aku..biar aku lambat kawin takpe, janji bila aku nak kawin nanti, pompuan yang akan terhegeh-hegeh cari aku sebab aku orang terpelajar dan ada masa depan.
aku akan buktikan bahawa kata-kata aku adalah secocok dengan usaha aku.

::::sarat firasat tersirat::::